Timothy Tye's Travel Encyclopedia
Petua Melawat Malaysia

 Malaysia > Dunia > UTAMA

Cari Bilik Hotel Untuk Destinasi Anda



Petua Melawat MalaysiaPetua Melawat Malaysia (6 July, 2016)




English

Petua Melawat Malaysia ditulis untuk memanfaatkan mereka yang ingin kenali Malaysia. Untuk menulis panduan ini, saya telah menjelajah negara ini, dan mengembara beribu kilometer untuk mengenali dan menangkap gambar tempat-tempat di Malaysia.

Tujuan laman ini adalah untuk memberi anda maklumat yang selengkap mungkin yang boleh anda gunakan untuk cuti-cuti anda. Seberapa yang boleh, saya akan cuba berikan maklumat seperti peta dan koordinat GPS untuk memudahkan anda dalam mencari lokasi yang diterangkan.

Malaysia adalah sebuah negara di Asia Tenggara. Ia mempunyai jumlah keluasan 330,803 km persegi (127,724 batu persegi). Negara ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Laut China Selatan. Bahagian-bahagian ini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia (130,598 km persegi/50,424 batu persegi) dan Malaysia Timur (200,565 sq km)1, yang mengandungi 61% dari jumlah keluasan tetapi jumlah penduduknya hanya 20% daripada jumlah penduduk Malaysia.

Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur manakala pusat pentadbiran negara terletak di Putrajaya. Pulau Labuan juga sebahagian daripada Wilayah Persekutuan Malaysia.

Peta Negeri dan Wilayah Persekutuan Malaysia

Meneroka Wilayah Persekutuan Malaysia

Petua Melawat Kuala Lumpur

Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bandaraya terbesar di Malaysia. Di sini terdapat banyak tempat yang menarik.

Maklumat

Petua Melawat Labuan

Labuan adalah pusat kewangan luar pantai. Bilangan tempat menarik di sini agak terhad.

Maklumat

Petua Melawat Putrajaya

Sebagai bandar yang dirancang sebagai pusat pentadbiran negara, Putrajaya mempunyai banyak taman. Selain itu, kebanyakan bangunan di sini adalah bangunan kerajaan.

Maklumat

Meneroka Negeri-Negeri di Malaysia

Petua Melawat Johor Darul Ta'zim

Johor Darul Ta'zim adalah negeri paling selatan pada Semenanjung Malaysia. Ia pesat membangun atas sebab kedudukannya berdekatan Singapura.

Maklumat

Petua Melawat Kedah Darul Aman

Kedah Darul Aman adalah satu-satunya negeri penanaman padi yang utama di Malaysia. Di Kedah terdapat destinasi pulau, bukit dan sejarah.

Maklumat

Petua Melawat Kelantan Darul Naim

Kelantan Darul Naim adalah sebuah negeri pertanian pada pantai timur Semenanjung Malaysia. Di sini terdapat banyak kuil Buddha Thai disebabkan kedudukannya berdekatan Thailand.

Maklumat

Petua Melawat Melaka Bandaraya Bersejarah

Melaka adalah sebuah bandarayan bersejarah dengan banyak tempat bersejarah.

Maklumat

Petua Melawat Negeri Sembilan

Negeri Sembilan diasaskan oleh kaum Minangkabau dari Sumatra. Adat dan budaya di sini mencerminkan unsur Minangkabau.

Maklumat

Petua Melawat Pahang

Pahang adalah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Terdapat tempat-tempat peranginan bukit yang menarik di sini.

Maklumat

Petua Melawat Pulau Pinang

Pulau Pinang adalah antara destinasi pelancongan yang paling terkemuka di Malaysia. Kebanyakan tempat menarik terdapat di bahagian pulau negeri ini.

Maklumat

Petua Melawat Perak

Perak mempunyai beberapa destinasi persisiran pantai. Bandar-bandarnya juga mempunyai tempat bersejarah.

Maklumat

Petua Melawat Perlis

Perlis adalah negeri yang paling kecil di Malaysia. Bilangan tempat menarik di sini agak terhad.

Maklumat

Petua Melawat Sabah

Sabah adalah negeri yang kedua besar di Malaysia. Ia mempunyai kemuncak tertinggi di Asia Tenggara dan destinasi scuba yang masyhur.

Maklumat

Petua Melawat Sarawak

Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia. Ia mempunyai pelbagai kaum, dan setiap bandar utama di sini mempunyai cirinya yang tersendiri.

Maklumat

Petua Melawat Selangor

Selangor adalah negeri yang paling membangun di Malaysia. Ia mempunyai tempat menarik berunsur sejarah dan juga persisiran pantai.

Maklumat

Petua Melawat Terengganu

Terengganu adalah sebuah negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia. Di sini terdapat destinasi kepulanan yang popular.

Maklumat

Kategori Tempat di Malaysia

[an error occurred while processing this directive]

Add your business to this directory

The Penang Business Directory makes it easy for customers to find you. It has [an error occurred while processing this directive] types of businesses listed. To list your business, find out the charges and fill up the form.

Ketibaan di Malaysia

Maklumat berguna untuk merancang lawatan anda ke Malaysia:

1. Setibanya di Malaysia.
2. Peraturan Memasuki Malaysia.
3. Tiba di Malaysia dengan penerbangan.
4. Tiba di Malaysia dengan kenderaan.
5. Tiba dengan kenderaan dari Singapura.
6. Tiba dari Thailand dengan kenderaan.
7. Tiba di Malaysia dengan kapal.
8. Mengembara di sekitar Malaysia.
9. Membuat perjalanan di sekitar Malaysia.
9. Bersiap untuk Perjalanan.
10. Menggunakan GPS untuk meneroka Malaysia.

Pembahagian Pentadbiran Malaysia

Malaysia terdiri daripada tiga wilayah persekutuan dan tiga belas negeri. Di Semenanjung Malaysia terdapat wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan negeri-negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu. Setiap wilayah dan negeri dibahagikan kepada daerah, dan ditadbir oleh majlis daerah. Bandar-bandar besar dan kawasan sekelilingnya ditadbir oleh majlis perbandaran manakala bandar dengan status bandaraya ditadbir oleh majlis bandaraya, yang juga dikenali sebagai dewan bandaraya. Kawasan daerah dan perbandaran dibahagikan lagi kepada mukim.

Wilayah Persekutuan Putrajaya dibahagikan kepada presint manakala Wilayah Persekutuan Labuh dibahagikan kepada Bandar Labuan dan 27 kampung. Negeri Sabah dan Sarawak are dibahagikan kepada "bahagian" yang dibahagikan lagi kepada "daerah".

Geografi Malaysia

Malaysia meliputi 329,613 kilometer persegi (127,264 batu persegi). Ia terdiri daripada Semenanjung Malaysia (yang pada suatu ketika dahulu juga dipanggil Malaysia Barat) dan Malaysia Timur. Semenanjung Malaysia berkongsi sempadan dengan Thailand, manakala Malaysia Timur berkongsi sempadan dengan Indonesia dan Brunei. Semenanjung Malaysia juga dihubungkan kepada Singapura oleh Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Semenanjung Malaysia berukuran 740 km (460 batu) dari utara ke selatan, dan kira-kira 322 km (200 batu) pada bahagian paling lebar. Bahagian pinggir timur dan barat Semenanjung Malaysia diasingkan oleh Banjaran Titiwangsa, dengan kemuncak tertinggi merupakan Gunung Korbu (2,183 m / 7,162 kaki). Kemuncak tertinggi di Semenanjung Malaysia ialah Gunung Tahan (2,187 m / 7,175 kaki) manakala sungai terpanjangnya ialah Sungai Pahang (459 km / 285 batu).

Ekonomi Malaysia

Pada tahun 2014, Malaysia mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak US$746.821 billion, yakni KDNK yang ketiga tinggi di ASEAN di belakang negara-negara yang lebih besar seperti Indonesia dan Thailand, dan yang ke-28 di dunia1. Menurut pakar ekonomi HSBC, Karen Ward2, ekonomi Malaysia dijangka berkembang ke US$1.2 trillion menjelang tahun 2050, menjadikannya ekonomi ke-21 besar di dunia.

Penduduk Malaysia

Negeri yang paling ramai penduduk di Malaysia ialah Negeri Selangor (as of 2000)3, dengan penduduk 4.2 juta orang, diikuti oleh Negeri Johor (2.7 juta) dan Sabah (2.6 juta). Selangor juga melaporkan peratusan kemasukan penduduk yang paling tinggi di Malaysia, yakni 28.2% pada 2003-2004 dan 16.4% pada 2006-2007, dengan kebanyakan penghijrahan berpunca dari Negeri Kedah (8,900), Perak (6,500), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (5,300) dan Kelantan (4,400).

Negeri Pulau Pinang mempunyai peratusan pendatang yang paling tinggi, untuk jangka 2008 hingga 2009, dengan bilangan pendatang seramai (15,400), iaitu beza antara 20.7% penghijrah masuk dan 5.3% penghijrah keluar. Dalam kata lain, bagi setiap 100 orang yang sama ada berpindah masuk atau ke luar dari Negeri Pulau Pinang, negeri tersebut menerima tambahan 60 orang.

Rujukan

1. Report for Selected Countries and Subjects (Malaysia), by the International Monetary Fund (2014).
2. These Economies Will Dominate The World in 2050, by Business Insider (13 January, 2012).
3. List of Cities, Malaysia (2010), by the Department of Statistics, Malaysia.

 Nak pergi ke mana-mana? Dapatkan bilik hotel di sini!

Anda boleh mencari dan menempah bilik hotel anda terus dari laman web ini. Isikan borang dengan tarikh pemergian anda, dan hotel yang mempunyai bilik kosong akan disenaraikan. Anda dapat menapis senarai ini kepada hotel yang diingini, dari hotel 5 bintang kepada homestay dan lain-lain lagi.

 Halaman terkini menurut Timothy Tye



 Nikmati diskaun 10% dari Kadar Terbaik Sedia Ada (BAR) di The Haven Resort Hotel Ipoh!



Terima kasih atas lawatan anda ke ensiklopedia kembara saya. Sejak saya mula menulisnya pada tahun 2003, ia telah menjadi ensiklopedia karya saya sendiri. Nama saya , juga digelar Tim. Saya penulis laman web sepenuh masa. Saya menulis laman untuk mengumpul segala maklumat yang saya kenali. Untuk mengenali saya dengan lebih dekat, layari ke laman peribadi saya, www.timothytye.com Sejak 2007, saya tidak lagi keluar bekerja agar dapat menumpukan sepenuh masa untuk menulis laman web saya. Saya menerangkan gaya hidup saya dalam laman saya bernama Happy Jobless Guy.

Untuk berhubung dengan saya, sila isikan borang berhubung. Terima kasih, dan jangan lupa ikut saya dekat Facebook!





Copyright © 2003-2017 Timothy Tye. Hak Cipta Terpelihara.