Discover with Timothy
21st Anniversary as Content CreatorMuar موار (Bandar Maharani)

Muar, JohorMuar, Johor (11 September 2016)


English

Muar موار (GPS: 2.06361, 102.57659) adalah sebuah bandar di pantai barat negari Johor. Ia juga nama untuk daerah di sekeliling bandar ini. Muar telah diberi gelaran Bandar Maharani Bandar Diraja pada 24hb November, 2012. Ia terletak di sebelah baratlaut negeri Johor, pada tebing Sungai Muar. Pekan Muar adalah sebuah bandar kecil di mana kebanyakan penduduknya dari kaum Cina.

Daerah Muar meliputi bandar Muar dan bandar Tangkak, tetapi sejak Tangkak diasingkan kepada Daerah Ledang, kawasan Daerah Muar district sekarang tinggal hanya bahagian sebelah selatan Sungai Muar.

Peta Muar Bandar Maharani

Hotel di Muar

  1. Muar Traders Hotel (GPS: 2.04632, 102.56341)

  2. Inn Home Hotel Muar (GPS: 2.04819, 102.56777)

  3. Elite Hotel (GPS: 2.04252, 102.56512)

Tempat-tempat di Muar

  1. Dataran Tanjung Emas (GPS: 2.04671, 102.5551)

  2. Istana Hinggap Muar (GPS: 2.04613, 102.56039)

  3. Jin Yit Sze Temple (GPS: 2.03994, 102.56945)

  4. Living Water Presbyterian Church (GPS: 2.05565, 102.57367)

  5. Masjid Jamek Muar (GPS: 2.04639, 102.55838)

  6. Masjid Sultan Ismail (GPS: 2.05086, 102.56173)

  7. Muar Municipal Council (GPS: 2.04711, 102.56539)

  8. Muar Royal Customs & Excise Office (GPS: 2.04751, 102.56593)

  9. Muar Second Bridge (GPS: 2.07711, 102.55402)

  10. St Andrew's Catholic Church (GPS: 2.05421, 102.57289)

  11. Sultan Abu Bakar Building (GPS: 2.0461, 102.56194)

  12. Sultan Ismail Bridge (GPS: 2.05087, 102.56715)

  13. Taman Tanjung Emas (GPS: .0475, 102.55414)

Seni Jalanan di Muar

  1. Bangsa Johor Mural (GPS: 2.04671, 102.5551)

  2. The Loving Sisters Mural (GPS: 2.04833, 102.57163)

Kategori tempat di Muar

Tempat makan di Muar

  1. Mee Bandung Abu Bakar Hanipah (GPS: 2.04654, 102.56619)

Tempat menarik berdekatan Muar

Sejarah Muar

Muar adalah sebuah bandar yang amat tua, berbanding bandar lain di Malaysia. Malahan ia lebih tua daripada Melaka, sebab inilah tempat Parameswa singgah dalam perjalanan beliau ke utara, sebelum mengasaskan Melaka. Parameswara dikatakan telah mengasaskan sebuah penempatan di Pagoh, di ulu Muar. Hanya di Muar dapat kita ziarahi makam sultan Melaka yang tunggal, iaitu Makam Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488). Ia satu-satunya makam sultan Melaka yang tidak dimusnahkan oleh pihak Portugis. Portugis telah membina sebuah kubu di Muar, bernama Fortaleza de Muar, untuk menentang ancaman Belanda dan Aech.

Apabila pihak British menjadikan Dato' Temenggong Daing Ibrahim pemerintah de facto untuk Johor, pemerintah sebenar, Sultan Ali, memerintah sebuah kesultanan yang bebas di Muar bernama Kesang. Walaupun Sultan Ali sepatutnya menjadi pemerintah untuk seluruh Johor, oleh sebab baginda kurang kuasa, Temenggong pula dijadikan pemerintah de facto. Apabila Temenggong meninggal dunia, takhta Johor telah berpindah ke tangan anak sulongnya yang menaiki takhta sebagai Maharaja Abu Bakar dan kemudiannya Sultan Abu Bakar.

Setelah kemangkatan Sultan Ali, anaknya Tengku Mahmood yang berumur sebelas tahun telah dipilih menjadi penggantinya dan bukan waris sebenar, iaitu putera sulong Tengku Alam. Apabila Colonel Archibald Anson, selaku Pemangku Gabenor Negeri-Negeri Selat, ingin meletakkan Muar di bawah pentadbiran Maharaja Abu Bakar, Tengku Alam telah mengisytiharkan perang. Konflik ini dikenali sebagai Perang Saudara Jementeh. Tentera Maharaja Abu Bakar di bawah pimpinan sepupunya Ungku Ahmad, dengah mudahnya menewaskan tentera Tengku Alam.

Hasil peperangan ini, bandar Muar telah dibuka oleh Maharaja Abu Bakar yang memberikannya gelaran Bandar Maharani pada tahun 1884. Pada tahun kemudian, Maharaja Abu Bakar diisytiharkan sultan. Baginda memerintah selama sepuluh tahun lagi sebelum mangkat pada tahun 1895.

Timothy Tye and Goh Chooi Yoke at the Bangsa Malaysia muralTimothy Tye and Goh Chooi Yoke at the Bangsa Malaysia mural (11 September, 2016)

Pergi ke Muar

Anda boleh menaiki bas dari Johor Bahru (2 1/2 jam) atau Kuala Lumpur (2 1/2 jam). Jika memandu, keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan di Persimpangan Tangkak (Exit 235) jika datang dari utara, dan Persimpangan Pagoh (Exit 238) jika dari selatan.

Muar is pada Peta Negeri Johor

Senarai Bandar di Johor dan Bandar di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.