Petua Melawat KedahPetua Melawat Kedah (25 July, 2015)


English

Petua Melawat Kedah Darul Aman adalah panduan untuk melawat dan menikmati Negeri Kedah. Negeri Kedah Darul Aman (Jawi: قدح دار الامن‎) adalah sebuah negeri di sebelah barat laut Semenanjung Malaysia. Kebanyakan pelawat ke Kedah menuju ke kepulauan Langkawi, tetapi mereka yang melawat tanah besar Kedah akan menemui banyak tempat yang menarik.

Destinasi Pelancongan Kedah

Petua Melawat Alor Setar

GPS: 6.12587, 100.37109
Alor Setar adalah ibu negeri dan satu-satunya bandaraya di Kedah. Terdapat banyak tempat menarik untuk diteroka di sini, dan saya cuba menerangkan kepada anda seberapa banyak yang ada di sini.

Maklumat

Petua Melawat Langkawi

GPS: 6.3675, 99.79774
Kepulauan Langkawi adalah destinasi pelancongan yang amat terkemuka di Malaysia. Mari kita kenali Langkawi dan tempat-tempat menarik di sana.

Maklumat

Lokasi bandar di Kedah dalam peta

Bandar utama di Kedah

Untuk senarai yang lebih lengkap, layari ke Senarai Bandar di Kedah.

  1. Alor Setar (GPS: 6.5101, 100.41898) ibu negeri

  2. Bukit Kayu Hitam (GPS: 6.5101, 100.41898)

  3. Changlun (GPS: 6.43011, 100.42945)

  4. Gurun (GPS: 5.81753, 100.47615)

  5. Jitra (GPS: 6.26308, 100.42121)

  6. Kulim (GPS: 5.36821, 100.55305)

  7. Lunas (GPS: 5.42888, 100.53507)

  8. Sungai Petani (GPS: 5.64195, 100.48954)

Kenali Kedah

Bahagian ini memberi tumpuan khas kepada destinasi-destinasi tertentu di Kedah.

Kota Kuala Muda

GPS: 5.5868, 100.37588
Kota Kuala Muda adalah sebuah bandar kecil berdekatan muara Sungai Kedah. Di sini terdapat kubu lama yang masih tinggal pintu gerbangnya.

Maklumat

Pulau Sayak

GPS: 5.66062, 100.33421
Pulau Sayak adalah sebuah kampung nelayan dengan pinggiran pantai yang indah.

Maklumat

Kategori tempat di Kedah

Tempat Tarikan Pelancongan Utama di Kedah dalam peta

Tarikan pelancong di Kedah

  1. Pusat Bandaraya Alor Setar (GPS: 6.12038, 100.36584)

  2. Muzium Padi (GPS: 6.19107, 100.32648)

  3. Gunung Jerai (GPS: 5.79638, 100.43485)

  4. Masjid Lama Pengkalan Kakap (GPS: 5.70768, 100.39366)

  5. Pantai Merdeka (GPS: 5.66603, 100.36732)

  6. Tanjung Dawai (GPS: 5.68145, 100.36718)

  7. Mata Air Panas Ulu Legong (GPS: 5.81769, 100.93543)


Daerah-Daerah Kedah


Air terjun di Hutan Lipur Sungai Sedim, Kedah
Air terjun di Hutan Lipur Sungai Sedim, Kedah (2 Mei 2005)


Alor Setar dan Langkawi adalah dua destinasi pelancong yang utama di Kedah. Banyak yang melancong ke Langkawi langsung tidak menjejak kaki ke tanah besar kedah tetapi hanya menghadkan cuti mereka kepada kepulauan itu.

Country lane in KedahCountry lane in Kedah (17 July, 2015)


Kebanyakan pelawat ke Kedah menetap di bandar-bandar utama, di mana terdapat lebih pilihan hotel dan rumah penginapan. Negeri ini mempunyai banyak bandar kecil yang boleh diterokai. Maklumlah, bandar-bandar kecil terhad pilihan penginapan. Oleh itu, mungkin lebih sesuai menggunakan bandar besar sebagai tempat penginapan untuk meneroka bandar-bandar yang lebih kecil.

Masjid Zahir, Alor Setar
Masjid Zahir, Alor Setar (8 January 2006)

Berkenaan Negeri Kedah

Negeri Kedah meliputi 9,425 km persegi (3,639 batu persegi) dan mempunyai jumlah penduduk 2 juta orang (anggaran 2011). Negeri ini agak rata dan sesuai untuk penanaman padi. Kedah pada lazimnya dikenali sebagai Periuk Nasi Negara, walaupun gelaran itu mungkin merujuk kepada masa lampau, apabila kebanyakan tanah sawah masih diusahakan. Hari ini, Kedah kian beredar dari peranan lampau sebagai pengeluar komoditi asas kepada sebuah negeri berindustri.

Di persisiran pantai Kedah terdapat beberapa pulau. Yang paling penting adalah Kepulauan Langkawi.

Ibu negeri Kedah adalah Alor Setar. Negeri Kedah dibahagikan kepada 11 daerah iaitu Baling, Bandar Baharu, Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu, Kulim, Pulau Langkawi, Padang Terap, Pendang, Sik dan Yan. Nama rasmi negeri ini adalah Negeri Kedah Darul Aman.

Kedah dikatakan tempat bermulanya tamadun yang paling tua di Semenanjung Malaysia. Sejarah Kedah telah bermula seawal Abad ke-2 Masihi, dan kemungkinan bermula lebih awal lagi, dengan bertapaknya tamadun Hindu-Buddhist di Lembah Bujang. Menurut Dato' V. Nadarajan dalam bukunya, Bujang Valley, The Wonder that was Ancient Kedah1, nama Kedah adalah hasil penyalinan semula yang pada asalnya disebut Kalagam, Kidaram, Kadaram dan Kataha.

Kampung Batu Lintang, Kedah
Kampung Batu Lintang, Kedah (30 January 2006)


Keluarga diraja Kedah dapat mengesan kembali keturunannya seawal abad ke-12. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah, Kedah diasaskan oleh seorang raja Hindu bernama Merong Mahawangsa. Kedah menjadi kesultanan pada 1135 apabila pemerintahnya yang ke-9, Phra Ong Mahawangsa (1136-1179), memeluk Islam dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Sultan Negeri Kedah buat masa sekarang, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, yang ditabalkan pada tahun 1958, merupakan Sultan Kedah yang ke-27.

Sepanjang sejarahnya, Kedah telah diancam demi kedudukannya di sisi jiran yang lebih kuat, yakni Negara Siam. Antara abad ke-7 hingga abad ke-8, Kedah telah berada di bawah kuasa Empayar Srivijaya. Kemudian ia di bawah pemerintahan Siam sehingga terbangkitnya Kesultanan Melayu Melaka pada abad yang ke-15. Dalam abad ke-17, Kedah telah diserang oleh Portugis setelah Portugis menawan Melaka, dan kemudiannya oleh Aceh pula.

Kerbau di Kedah
Kerbau di Kedah (30 April 2005)


Teluk Datai, Langkawi
Teluk Datai, Langkawi (6 June 2005)


Atas hasrat meminta British mempertahankannya dari ancaman Siam, Sultan Kedah telah menyerah Pulau Pinang, dan kemudiannya Seberang Perai, pada akhir abad ke-18. Perjanjian yang dibuat dengan Francis Light tidak ditunaikan oleh orang atasannya, dan apabila Siam menyerang Kedah dalam tahun 1821, British tidak bercampurtangan. Kedah berada dalam tangan Siam hingga tahun 1909, apabila Perjanjian Anglo-Siam ditandatangani.

Semasa Perang Dunia II, Kedah dan juga Kelantan menjadi tempat-tempat pertama di Malaya yang diserang tentera Jepun. Jepun telah menggembalikan Kedah kepada Siam dan ia diberi nama Syburi. Tetapi, apabila peperangan tamat, Kedah kembali ke tangan British dan dijadikan sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Marina Kuala Kedah
Pemandangan Marina Kuala Kedah (30 April 2005)

Bahan Rujukan

  1. Bujang Valley, The Wonder thatg was Ancient Kedah by V. Nadarajan, page 27

Senarai Negeri di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.