Timothy Tye's Travel Encyclopedia
Tapak Arkeologi Lembah Bujang




Tapak Arkeologi Lembah BujangTapak Arkeologi Lembah Bujang (23 April, 2016)




English

Lembah Bujang adalah tapak arkeologi yang terbesar di Malaysia. Walaupun nama Lembah Bujang merujuk kepada kawasan tadahan Sungai Bujang, sebatang anak sungai kepada Sungai Merbok, kawasan Tapak Arkeologi Lembah Bujang lebih luas daripada itu, dan merangkumi tempat-tempat sejauh Kota Sarang Semut di sebelah utara, Bukit Mertajam di selatan dan Jeniang di timur, dengan Gunung Jerai berada di tengah-tengah.

Asal nama Lembah Bujang

Nama "Bujang" pada Lembah Bujang tiada kena mengena dengan erti "bujang" dalam Bahasa Melayu kini. Menurut sejarahwan Dato V. Nadarajan, nama ini berasal dari perkataan Sanskrit bhujagga, yang bermakna "ular" atau "alim". Merujuk kepada Kamus Sanskrit saya, saya menemui perkataan भुजङ्ग (ular); Saya tidak menjumpai sebarang perkataan yang menyerupai "alim". Dato Nadarajan berhipothesi yang nama ini digunakan untuk menggambarkan Sungai Bujang yang bengkang-bengkok (ataupun mungkin juga Sungai Merbok).

Lokasi Tapak Arkeologi Lembah Bujang

Berikut tapak-tapak peninggalan purba Lemba Bujang yang telah saya lawati.


Muzium Arkeologi Lembah Bujang


Maklumat

Candi Pendiat


Maklumat

Candi Bukit Batu Pahat


Maklumat

Candi Pengkalan Bujang


Maklumat

Candi Bendang Dalam


Maklumat

Tapak Arkeologi Pengkalan Bujang


Maklumat

Tapak Arkeologi Sungai Mas


Maklumat

Tapak Arkeologi Sungai Batu


Maklumat

Batu Bersurat Cerok Tok Kun


Ini adalah peninggalan Lembah Bujang yang paling ke selatan yang telah ditemui.

Maklumat

Makam Sultan Mudzaffar Shah I


Maklumat

Bujang Valley, KedahBujang Valley, Kedah (25 Julai, 2015)

Mengenai penggalian arkeologi di Lembah Bujang

Penggalian arkeologi di Lembah Bujang secara sekali-sekala sejak abad ke-19. Pada mula-mulanya, ia dijalankan oleh para sejarahway amatur dan pengemar sejarah, bermula dengan pegawai tentera British, Leftenan Kolonel James Low, yang pada tahun 1845 telah menemui bukti menunjuk kepada kewujudan sebuah tamadun purba di Lembah Bujang. Sejak itu, pelbagai orang telah menjalankan penggalian di Lembah Bujang. Antara yang terawal tidak terlatih sebagai ahli arkeologi, sebaliknya penggemar sejarah yang cenderung memahami tamadun purba. Kemudiannya barulah tiba penyelidik dan pakar-pakar dari pelbagai universiti. Mereka termasuk pasangan Wales (1936-40), Alastair Lamb (1958-60), Adi (1983), Nik Hassan (1984), Allen (1988) dan sekarang ini, Mokhtar Saidin (2012-kini).

Kebanyakan daripada fahaman kita berkenaan tapak purba Lembah Bujang berpunca dari kerja-kerja pasangan ahli arkeologi amatur, H.G. Quaritch Wales bersama isterinya Dorothy Wales. Mereka telah menjalankan penggalian di Lembah Bujang pada tahun 1936-38. Pada tahun 1936, mereka telah menemui Candi Bukit Batu Pahat, yang kini peninggalan purba Lembah Bujang yang paling terkenal.

Bujang Valley Archaeological ParkKawasan perkarangan Taman Arkeologi Lembah Bujang. (25 Julai, 2015)


Pasangan Wales telah memperkenalkan sistem pernomboran untuk tapak-tapak arkeologi di Lembah Bujang. Sistem ini masih digunakan sampai ke hari ini. Dalam sistem ini, setiap tapak diberi nombor giliran mengikut turutan penemuannya. Selain itu, monumen purba juga diberi nama mengikut lokasi geografik. Contohnya, tapak pertama yang ditemui oleh James Low pada tahun 1845 telah diberi nombor Tapak 1 oleh pasangan Wales. Tapak ini juga diberi nama Candi Bukit Choras, sempena nama lokasinya berdekatan Kota Sarang Semut.

Semakin banyak yang diketahui mengenai Lembah Bujang, semakin menanjubkan tapak arkeologi ini buat kita. Pada mulanya, ahli arkeologi berpendapat yang tamadun Lembah Bujang bermula pada abad ke-9. Akan tetapi, setelah lebih banyak tapak diselidiki dan sampel dianalisakan, maka tarikh pengasasan terpaksa diubah sehingga ke abad pertama Masihi. Dengan pada itu, Lembah Bujang sekarang dianggap tamadun pertama di Asia Tenggara, dan lebih tua daripada Borobudur dan Angkor.

Lembah Bujang sekarang dikenali sebagai pusat perdagangan yang paling tua di Malaysia, lebih tua daripada Kesultanan Melaka. Ia membangun antara abad ke-4 hingga abad ke-14, apabila pedagang dari pelbagai tempat, tetapi terutamanya dari India, telah datang dan menetap di sana. Mereka telah membawa budaya dan agama mereka ke rantau ini. Sungai Bujang, Sungai Muda dan Sungai Merbok, seperti juga Gunung Jerai masing-masing memainkan peranan yang penting dalam perkembangan perdagangan di Lembah Bujang. Pada masa itu, Gunung Jerai telah digunakan oleh pedagang awal sebagai mercu tanda untuk menuju ke Lembah Bujang.

Candi Bendang DalamThe reconstructed Candi Bendang Dalam at the Bujang Valley Archaeological Park (17 Julai, 2015)


Kaum Melayu awal juga merupakan saudagar yang aktif yang juga membuat pelayaran ke rantau jauh di seberang Teluk Bengal. Mereka mendagangkan hasil keluaran hutan untuk mendapatkan bahan logam, kain dan barangan yang sukar ditemui. Kemasukan saudagar India ke Lembah Bujang telah "mengIndiakan" lembah tersebut. Para ahli arkeologi Early Malays were already active traders, making long-distance voyages across the Bay of Bengal. They traded forest products for metal, textiles and other rarities. The influx of Indian traders into Bujang Valley led to the "Indianization" of the valley. Bukti arkeologi menunjukkan tertubuhnya di sini sebuah kerajaan Hindu-Buddha purba seawal abad pertama Masihi. Antara peninggalan yang ditemui di sini termasuk peti batu, batu bersurat dan patung dewa.

Penemuan tembikar Cina, ukiran batu dan lembing keagamaan India di Lembah Bujang membuktikan bahawa terdapat aktiviti perdagangan yang dijalankan di sini berkurun-kurun yang lampau. Inskripsi agama Buddha yang dijumpai di sini menunjukkan yang lebih daripada satu agama telah bertapak di sini. Lembah Bujang dianggap suatu pelabuhan selamat untuk pedagang berteduh sementara menunggu pertukaran arah monsun, memandangkan tidak mungkin untuk membuat pelayaran dari China ke India dalam satu musim.

Bujang valley artefactsBujang valley artefacts (25 Julai, 2015)


Ribuan artifak purba telah ditemui di sini. Daripada itu, lebih kurang seribu keping dipamerkan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Peninggalan kuil Lembah Bujang yang pertama ditemui adalah dalam tahun 1840-an. Ia digelar candi, sepatah perkataan yang berasal dari perkataan "changriga", yang pula berasal dari "durga", yang merupakan suatu perubahan kepada nama Paravati, iaitu isteri kepada dewa Hindu Shiva (yang juga ditulis Siva).

Candi mempunyai dua fungsi: sebagai tempat suci untuk memberi penghormatan kepada ahli keluarga diraja yang sudah meninggal dunia, dan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti agama.

Candi terdiri daripada tiga bahagian utama:

  • Upapitha - bahagian kaki
  • Adhistana-Stamba - bahagian badan
  • Prastara-Stupi - bahagian bumbung

    Candi-candi yang dijumpai di Lembah Bujang, ada yang didirikan untuk agama Buddha dan ada pula untuk agama Hindu. Candi agama Hindu terdiri daripada bahagian dalam yang tertutup, yang dipanggil vimana, di mana patung dewa utama diletakkan; dan bahagian luar yang terbuka, yang dipanggil mandapa, yang merupaka sebuah astaka dengan bumbung yang disokong tiang-tiang. Kebanyakan candi di Lembah Bujang berusulkan agama Hindu dengan segelintir kecil untuk agama Buddha. Penemuan tapak tiang berbentuk batu menunjukkan terdapatnya pengaruh India Selatan ke atas rekabentuk candi, terutamanya untuk kuil-kuil yang dibina untuk Dewa Shiva.

    Air Terjun Sungai Merbok Kechil waterfallAir Terjun Sungai Merbok Kechil. Dari sinilah pembina zaman purba mendapat batu-batan untuk membina Candi Bukit Batu Pahat. (25 Julai, 2015)


    Patung-patung dewa Hindu yang telah ditemui di Lembah Bujang termasuk patung Dewa Ganesh (yang juga ditulis sebagai Ganesha), yakni dewa berkepala gajah, dan Dewi Durga, isteri kepada Dewa Shiva. Empat patung tanah liat berusul agama Buddha dan sebuah patung gangsa telah ditemui di Lembah Bujang pada tahun 1976.

    Ahli kajipurba yang berlainan telah mengemukakan teori yang berbeza berkenaan usur India di Lembah Bujang.

    H.G. Quaritch Wales mengasingkan penemuan di Lembah Bujang kepada empat peringkat penghijrahan orang India, iaitu semasa Buddhisma Theravada Amarvathi pada abad ke-3, Buddhisma Theravada Gupta dari abad ke-4 hingga ke-6, Saivisma Pallava dari abad ke-6 hingga ke-8, dan Buddhisma Mahayana Pala dari abad ke-8.

    Candi Bukit Batu PahatModel Candi Bukit Batu Pahat di Muzium Arkeologi Lembah Bujang. (25 Julai, 2015)


    Alistair Lamb juga mengasingkan pembangunan di Lembah Bujang kepada empat peringkat, tetapi menggunakan pendekatan yang berlainan. Dari abad ke-4 hingga ke-6 dianggap Fasa Buddhisma Awal. Diikuti pula Fasa Sri Vijayan, dari abad ke-7 hingga ke-10. Kemudian pula Fasa Pengkalan Bujang, dari abad ke-11 hingga ke-13, dan akhir sekali, Fasa Kuala Muda, dari abad ke-14.

    Nik Hassan Shuhaimi mengasingkan penemuan kepada dua kategori utama: fasa Sungai Mas dari abad ke-3 hingga ke-10, yang beliau gelar sebagai fasa Buddhisma, dan fasa Sungai Bujang, dari abad ke-11 hingga abad ke-14, yang beliau gelar sebagai fasa Saivisma.

    Dato' Nadarajan pula mengemukakan teori beliau sendiri berdasarkan pemerhatian yang dibuatnya ke atas pembangunan perdagangan, politik dan pengaruh agama. Beliau mengasingkan pembangunan Lembah Bujang kepada tiga fasa. Yang pertama, antara abad pertama hingga ke-4, yang kedua antara abad ke-5 hingga ke-9, dan yang ketiga, antara abad ke-10 hingga ke-13.

    Artifak Bujang ValleyArtifak Bujang Valley dalam bentuk stupa dengan wajah Buddha pada setiap penjuru kardinal. (25 Julai, 2015)


    Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, pengenalan kita kepada Lembah Bujang datangnya dari buku sejarah kita. Tidak banyak yang kita ketahui, memandangkan masa buku sejarah kita ditulis, belum banyak yang diketahui berkenaan tapak arkeologi Lembah Bujang. Segala maklumat berkenaan Lembah Bujang biasanya terkunci di sebalik tembok universiti. Seperti juga banyak orang yang lain, saya amat tertarik dengan tamadun purba. Saya telah melawat Borobudur, Angkor dan banyak lagi tapak purba untuk lebih mengenalinya. Malangnya tiada sesiapa yang dapat membongkar rahsia Lembah Bujang kepada saya, sehinggalah saya menemui buku karya Dato' Nadarajan, "Bujang Valley, The Wonder that was Ancient Kedah". Buku yang ditulis pada tahun 2011 ini bertujuan memaklumkan orang awam, dan hasilnya minat terhadap Lembah Bujang telah meningkat sejak itu.

    Michael Rawlinson bertemubual dengan Dato V. Nadarajan mengenai tamadun Lembah Bujang.Peminat sejarah Michael Rawlinson bertemubual dengan Dato V. Nadarajan mengenai tamadun Lembah Bujang. (11 Ogos, 2015)


    Dato' Nadarajan dilahirkan di Sungai Petani. Apabila beliau masih budak lagi, beliau telah berbasikal ke Lembah Bujang untuk meneroka dan meninjau peninggalan purba di situ. Beliau pada suatu masa dahulu menjadi guru sebelum menukar kerjaya kepada bidang guaman, dan kini merupakan seorang peguam yang sudah bersara. Sekarang ini beliau satu-satunya orang yang dapat memberi keterangan mengenai Lembah Bujang dan memarakan minat terhadap tapak purba ini.

    Saya berpeluang menemui Dato' Nadarajan pada 11hb Ogos, 2015. Dengan diiringi rakan saya Michael Rawlinson, saya duduk sambil mendengar Dato' Nadarajan terangkan mengenai Lembah Bujang Bujang Valley. Selepas penemuan ini, Dato' Nadarajan membawa kami ke Tapak Arkeologi Sungai Batu, iaitu tapak penggalian yang terbaru, di mana penggalian masih dijalankan.

    Masa saya menulis petikan ini (Julai 2015, kemaskini Jun 2017), fahaman kita berkenaan tamadun yang dahulunya wujud di Lembah Bujang masih tidak lengkap. Kita masih boleh mengharapkan berita terkini tersiar pada kaca televisyen atau pada suratkhabar pada masa akan datang kalau-kalau penemuan baharu dibuat di sini.

    Dato V. NadarajanSaya bersama Dato V. Nadarajan dan rakan saya, peminat sejarah Michael Rawlinson. (25 Julai, 2015)


    Sungai Batu Archaeological SiteSaya dan isteri saya di Tapak Arkeologi Sungai Batu, iaitu tapak penggalian yang terbesar di Lembah Bujang. (23 April, 2016)


     Halaman terkini pada Tim's Encyclopedia





    Kedah, begitu banyak untuk diterokai!

    Mari kita meneroka Kedah bersama-sama. Pilih tempat dari peta dan terus teroka!


    Terima kasih atas lawatan anda ke ensiklopedia kembara saya. Sejak saya mula menulisnya pada tahun 2003, ia telah menjadi ensiklopedia karya saya sendiri. Nama saya , juga digelar Tim. Saya penulis laman web sepenuh masa. Saya menulis laman untuk mengumpul segala maklumat yang saya kenali. Untuk mengenali saya dengan lebih dekat, layari ke laman peribadi saya, www.timothytye.com Sejak 2007, saya tidak lagi keluar bekerja agar dapat menumpukan sepenuh masa untuk menulis laman web saya. Saya menerangkan gaya hidup saya dalam laman saya bernama Happy Jobless Guy.

    Untuk berhubung dengan saya, sila isikan borang berhubung. Terima kasih, dan jangan lupa ikut saya dekat Facebook!





    Copyright © 2003-2017 Timothy Tye. Hak Cipta Terpelihara.