Timothy Tye's Travel Encyclopedia
Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu




Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu, Kuala LumpurIbu Pejabat Keretapi Tanah Melayu, Kuala Lumpur (11 Julai, 2016)




English

Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu (GPS: 3.14044, 101.69274), yang juga digelar Ibu Pejabat KTM, adalah sebuah bangunan bersejarah di Kuala Lumpur. Ia terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, di seberang jalan dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Seperti juga stesen keretapi tersebut, ia telah direkabentuk oleh Arthur Benison Hubback, arkitek British dari Jabatan Kerja Raja. Bangunan ini direkabentuk pada tahun 1913, dan pembinaan bermula pada tahun 1914. Kerja pembinaan tergendala akibat Perang Dunia Pertama tetapi bangunan ini sempat disiapkan dalam tahun 1917, pada kos $780,422, sejurus selepas perang. Seperti juga bangunan rekabentuk AB Hubback yang lain, Ibu Pejabat KTM mencerminkan senibina Mughal, digabungkan dengan usur-usur Moorish dan Ottoman, termasuk juga usur Gothik dan Yunani dari abad ke-14.1

Terdapat 97 gerbang berusur senibina Gothic pada tingkat bawah. Oleh sebab bangunan ini dibina pada ketika penghawa dingin belum digunakan, maka ia dibina dengan serambi yang luas, agar memberi keselesaan dalam iklim tropika. Di tingkat satu terdapat 94 tingkat bergerbang dan empat gerbang bulat. Pada tingkat dua pula terdapat 171 gerbang Gothik dan juga gerbang bulat, empat yang besar dan dua belas yang lebih kecil.

Terdapat lima kubah besar diletak pada penjuru-penjuru tertentu. Setiap kubah ini diiringi empat tiang terjalin. Hubbak mendapat ilham dari senibina Yunani Orthodoks dari abad ke-14 untuk merekabentuk kubah-kubah ini.

Bahagian utara Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Building telah mengalami kerosakan teruk sebanyak dua kali. Kali pertama adalah semasa Perang Dua Kedua, apabila bangunan ini terkena bom. Kali kedua pula adalah pada tahun 1968, apabila berlaku kebakaran pada tingkat kedua.

Menaiki pengangkutan awam ke Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Building

Anda boleh menaiki keretapi KTM Komuter ke Stesen Keretapi Kuala Lumpur, dan kemudian berjalan dari situ. Stesen LRT yang terdekat ialah Stesen LRT Pasar Seni.

Ibu Pejabat Keretapi Tanah MelayuSatu daripada kubah Pejabat Keretapi Tanah Melayu (8 Februari, 2006)


Ibu Pejabat KTM, Kuala LumpurIbu Pejabat KTM, Kuala Lumpur (11 Julai, 2016)


Ibu Pejabat KTM, Kuala LumpurIbu Pejabat KTM, dilihat dari Jalan Perdana. (11 Julai, 2016)


Ibu Pejabat KTM, Kuala LumpurPandangan depan Ibu Pejabat KTM. (11 Julai, 2016)


Ibu Pejabat KTM, Kuala LumpurSatu daripada serambi Ibu Pejabat KTM. (11 Julai, 2016)


Ibu Pejabat KTM, Kuala LumpurTangga pada Ibu Pejabat KTM. (11 Julai, 2016)


Ibu Pejabat KTM, Kuala LumpurPandangan penjuru Ibu Pejabat KTM. (11 Julai, 2016)


Ibu Pejabat KTM, Kuala LumpurPapan mengwartakan Ibu Pejabat KTM sebagai warisan kebangsaan. (11 Julai, 2016)


Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu pada Google Street View

Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu adalah dalam peta Jalan Sultan Hishamuddin

Rujukan

1. Papan interpretasi di Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Building

Senarai Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur and Bangunan Bersejarah di Malaysia

[an error occurred while processing this directive]
Terima kasih atas lawatan anda ke ensiklopedia kembara saya. Sejak saya mula menulisnya pada tahun 2003, ia telah menjadi ensiklopedia karya saya sendiri. Nama saya , juga digelar Tim. Saya penulis laman web sepenuh masa. Saya menulis laman untuk mengumpul segala maklumat yang saya kenali. Untuk mengenali saya dengan lebih dekat, layari ke laman peribadi saya, www.timothytye.com Sejak 2007, saya tidak lagi keluar bekerja agar dapat menumpukan sepenuh masa untuk menulis laman web saya. Saya menerangkan gaya hidup saya dalam laman saya bernama Happy Jobless Guy.

Untuk berhubung dengan saya, sila isikan borang berhubung. Terima kasih, dan jangan lupa ikut saya dekat Facebook!





Copyright © 2003-2017 Timothy Tye. Hak Cipta Terpelihara.