Timothy Tye's Travel Encyclopedia
Tapak Urban Street Dining




Tapak Urban Street Dining, Kuala LumpurTapak Urban Street Dining, Kuala Lumpur (14 Jun, 2017)




English

Tapak Urban Street Dining (GPS: 3.16034, 101.71562) adalah sebuah medan penjaja di Kuala Lumpur. Ia menduduki sebahagian daripada tempat letak kereta di Jalan Ampang, dekat simpang kepada Persiaran Hampshire.

Di Tapak Urban Street Dining, terdapat lebih kurang 40 trak makanan yang menawarkan pelbagai jenis makanan jalanan. Antara makanan yang saya dapati di sana termasuk Roti John, Ayam Goreng Kunyit, Pau, Taco, Crepe, Kopi, Shakes, dan banyak lagi. Penjaja trak makanan menjalankan perniagaan mereka dari 6:00 pm hingga 12:00 tengah malam dari hari Isnin hingga hari Khamis, hingga 3:00 am pagi pada hari Jumaat, on Fridays, dan dari 3:00 pm hingga 3:00 am pada hujung minggu.

Pengunjung ke Tapak Urban Street Dining boleh meletak kereta mereka di tempat letak kereta berhampiran. Bayaran meletak kereta (pada Jun, 2017) adalah RM2 sekali masuk. Saya telah menjumpai tapak makanan jalanan ini apabila saya berjalan sepanjang Jalan Ampang. Pada masa itu, trak makanan baharu sahaja tiba di sana, dan para penjaja sibuk membuat persiapan untuk perniagaan yang akan bermula petang itu.

Tapak Urban Street Dining, Kuala LumpurTapak Urban Street Dining, Kuala Lumpur (14 Jun, 2017)


Tapak Urban Street Dining, Kuala LumpurTapak Urban Street Dining, Kuala Lumpur (14 Jun, 2017)


Tapak Urban Street Dining, Kuala LumpurTrak menjual minuman kopi di Tapak Urban Street Dining, Kuala Lumpur (14 Jun, 2017)

Tapak Urban Street Dining pada Google Maps Street View

Tapak Urban Street Dining (Aug 2016)

Tapak Urban Street Dining adalah dalam peta Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Senari Medan Selera di Kuala Lumpur dan Medan Selera di Malaysia

[an error occurred while processing this directive]
Terima kasih atas lawatan anda ke ensiklopedia kembara saya. Sejak saya mula menulisnya pada tahun 2003, ia telah menjadi ensiklopedia karya saya sendiri. Nama saya , juga digelar Tim. Saya penulis laman web sepenuh masa. Saya menulis laman untuk mengumpul segala maklumat yang saya kenali. Untuk mengenali saya dengan lebih dekat, layari ke laman peribadi saya, www.timothytye.com Sejak 2007, saya tidak lagi keluar bekerja agar dapat menumpukan sepenuh masa untuk menulis laman web saya. Saya menerangkan gaya hidup saya dalam laman saya bernama Happy Jobless Guy.

Untuk berhubung dengan saya, sila isikan borang berhubung. Terima kasih, dan jangan lupa ikut saya dekat Facebook!





Copyright © 2003-2017 Timothy Tye. Hak Cipta Terpelihara.