Petua Melawat SarawakPetua Melawat Sarawak (2 Oktober, 2004)


English

Petua Melawat Sarawak memperkenalkan negeri terbesar di Malaysia kepada mereka yang ingin melawatnya. Sarawak yang berada di pulau Borneo mempunyai keluasan 124,450 km persegi. Ia bersempadan dengan Sabah, wilayah Kalimantan di Indonesia dan Negara Brunei Darussalam.

Sarawak mempunyai jumlah penduduk 2.4 juta orang. Separuh juta penduduk tinggal di ibu negerinya, Kuching. Bandar-bandar besar yang lain termasuk Miri (263,000 penduduk), Sibu (254,000 penduduk) and Bintulu (176,800 penduduk). Kebanyakan penduduk Sarawak adalah dari masyarakat Iban, yang terdiri daripada 30% jumlah penduduk. Masyarakat Cina adalah yang kedua ramai, dengan 26% jumlah penduduk. Kebanyakan orang Cina adalah dari kaum Hakka dan Hokkien. Orang Melayu terdiri daripada 21% daripada penduduk Sarawak. Sukukaum yang lain di Sarawak termasuk orang Melanau, Bidayuh, Orang Ulu, Kayan, Lun Bawang, Kelabit, Kenyah dan Penan.

Lokasi bandar utama di Sarawak dalam peta

Bandar-bandar besar di Sarawak

  1. Kuching - capital (GPS: 1.56, 110.345)

  2. Bintulu (GPS: 3.17132, 113.0419)

  3. Kota Samarahan (GPS: 1.45971, 110.49917)

  4. Lundu (GPS: 1.67213, 109.8536)

  5. Miri (GPS: 4.39949, 113.99138)

  6. Sarikei (GPS: 2.1317, 111.52372)

  7. Sibu (GPS: 2.28728, 111.83053)

  8. Sri Aman (GPS: 1.23668, 111.46256)

Kategori tempat di Sarawak

Taman Negara di Sarawak

Gunung di Sarawak

Sungai utama di Sarawak


Cultural dance at Sarawak Cultural VillageCultural dance at Sarawak Cultural Village (2 October 2004)

Sejarah Sarawak

Sarawak pada asalnya sebahagian daripada Kesultanan Brunei hingga ke tahun 1842, apabila ia diserahkan kepada James Brooke, daripada siapa bermulanya dinasti Raja Putih Sarawak. James Brooke menjadi pemerintah pertama tanpa sebarang hasrat untuk menjajah negeri itu, dan ini telah menimbulkan azam antara petualang kulit putih dengan idaman yang sama.

Sarawak menjadi naungan British di bawah pemerintahan Rajah Charles Anthony Johnson Brooke, pemerintah dinasti Brooke yang kedua. Raja Sarawak yang ketiga, Charles Vyner Brooke teleh menyerahkan Sarawak kepada Great Britain, dan ia kekal di bawah jajahan British sehingga kemerdekaannya, apabila ia menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963.

Sarawak State Assembly BuildingSarawak State Assembly Building
photo sourcehttps://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Sarawak_state_assembly_building#mediaviewer/File:Sarawak_state_assembly_building.jpg
authorshipCerevisae
photo licensing

Apakah yang menarik di Sarawak

Sarawak adalah destinasi untuk pengemar alam semulajadi. Terdapat banyak taman negara di negeri ini. Yang paling popular termasuk Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Bako dan Taman Negara Niah. Taman Negara Gunung Mulu ialah sebuah Tapak Warisan Dunia dengan satu-satunya gua yang paling besar di dunia.

Banyak pelawat datang ke Sarawak untuk mengalami kebudayaannya. Ada yang berpeluang melawat rumah panjang untuk melihat dengan dekat cara hidup orang Iban dan sukukaum lain di bahagian pendalaman negeri itu. Mereka yang mengemari aspek sejarah Sarawak perlu menziarahi tapak-tapak warisan di Kuching, terutamanya yang berada di sepanjang Sungai Sarawak.

Niah Cave, SarawakNiah Cave, Sarawak
photo sourcehttps://commons.wikimedia.org/wiki/File:The_main_entrance_to_the_Niah_Caves_at_sunset..jpg
authorshipStarlightchild
photo licensing

Pergi ke Sarawak

Sarawak mengekalkan kawalan imigresen yang lebih ketat daripada negeri-negeri lain di Malaysia. Rakyat Malaysia dari Semenanjung diperlukan mengisi borang imigresen dan dihadkan lawatan ke negeri itu kepada 90 hari. Rakyat asing diperlukan mengisi borang imigresen kedua. Mereka yang memerlukan visa untuk masuk ke Malaysia memerlukan visa khas untuk melawat Sarawak. Ini perlu dijelaskan semasa memohon visa Malaysia.

Dari Udara

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) adalah pintu masuk utama ke Sarawak. Ia menerima penerbangan terus dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang di Malaysia, dan juga dari Singapura, Pontianak, Bali, Jakarta, Bandar Seri Begawan, Macau dan Xiamen.

The Grand Old Lady, MiriThe Grand Old Lady, Miri
photo sourcehttps://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Miri#mediaviewer/File:Grand_Old_Lady_Miri_Malaysia.jpg
authorshipPierre cb
photo licensing

Dari Darat

Anda boleh memandu masuk ke Sarawak dari Brunei, Indonesia dan negeri Sabah.

Infrastructure

Rangkaian jalanraya yang paling mustahak di Sarawak ialah Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sarawak dengan Brunei dan Sarawak.

Senarai Negeri di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.