Petua Melawat SelangorPetua Melawat Selangor (7 Julai, 2016)


English

Petua Melawat Selangor adalah panduan untuk melawat, mengenali dan menikmati Negeri Selangor. Selangor Darul Ehsan (Jawi: سلاڠور دار الإحسان ‎) adalah negeri yang paling maju dan paling ramai penduduknya di Malaysia. Ia juga mempunyai bandaraya terbesar di negara ini. Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, terletak di Wilayah Persekutuan yang pada asalnya sebahagian daripada Negeri Selangor sehingga tahun 1974. Pusat pentadbiran Malaysia, Putrajaya, juga pada asalnya sebahagian daripada Selangor yang telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan dan dijadikan wilayah persekutuan pada tahun 2001.

Kebanyakan orang yang meneroka Selangor akan menggunakan Kuala Lumpur sebagai tempat menginap, walaupun ia bukan lagi sebahagian daripada Negeri Selangor. Kuala Lumpur memang sesuai sebab ia terletak di tengah negeri ini. Malahan hotel di Petaling Jaya, yang sebenarnya di Selangor, biasanya disenaraikan dengan hotel di Kuala Lumpur. Ibu negeri Selangor, Shah Alam, boleh dijadikan pilihan alternatif, seperti juga bandaraya Petaling Jaya. Sekiranya ingin meneroka bahagian-bahagian terpencil negeri ini, anda mungkin menginap di bandar yang lebih kecil, tetapi harus diingati yang keperluan asas lebih terhad di situ.

[an error occurred while processing this directive]

10 Tarikan Pelancongan Utama di Selangor

Merancang untuk melawat Selangor? Biar saya syorkan 10 tempat menarik untuk pilihan anda.

Maklumat

Lokasi tempat di Selangor dalam peta

Bandar besar di Selangor

Untuk senarai yang lebih lengkap, rujuk kepada senarai Bandar-Bandar di Selangor.

  1. Shah Alam - state capital (GPS: 3.07328, 101.51846)

  2. Klang (GPS: 3.04491, 101.44556)

  3. Kuala Selangor (GPS: 3.34018, 101.24976)

  4. Petaling Jaya (GPS: 3.12788, 101.59448)

  5. Port Klang (GPS: 3.00507, 101.40859)

Peta Tempat-tempat Menarik di Selangor

Senarai Tempat-tempat Menarik di Selangor

  1. Batu Caves (GPS: 3.23796, 101.68417)

  2. Forest Research Institute Malaysia (GPS: 3.23486, 101.62984)

  3. Gedung Raja Abdullah (GPS: 3.0432, 101.44759)

  4. Jugra (GPS: 2.86335, 101.43976)

  5. KLIA Mosque (GPS: 2.78782, 101.67642)

  6. Kota Malawati (GPS: 3.34141, 101.24639)

  7. Kota Raja Mahdi (GPS: 3.0452, 101.44494)

  8. Kuala Selangor Fireflies (GPS: 3.36212, 101.30158 (Kampung Kuantan ); GPS: 3.38638, 101.27857 (Kampung Bukit Belimbing ))

  9. Mines Resort City (GPS: 3.02961, 101.71734)

  10. Masjid Diraja Sultan Suleiman (GPS: 3.03455, 101.45047)

  11. Muzium Orang Asli Gombak (GPS: 3.29276, 101.73157)

  12. Pantai Morib (GPS: 2.74853, 101.44325)

  13. Pantai Redang (GPS: 3.50323, 101.09407)

  14. Pulau Ketam (GPS: 3.01747, 101.25283)

  15. Sekinchan (GPS: 3.50656, 101.10237)

  16. Selangor Culture Cove (GPS: 3.23665, 101.68074)

  17. Semenyih Dam (GPS: 3.07691, 101.88244)

  18. Sepang International Circuit (GPS: 2.75941, 101.73177)

  19. Sunway Lagoon (GPS: 3.03455, 101.45047)

  20. Zoo Negara (GPS: 3.20802, 101.75745)

Kategori tempat di Selangor

Tempat Semulajadi di Selangor

  1. Bukit Cahaya Seri Alam

  2. Selangor Heritage Park

  3. Sungai Congkak Recreational Forest

  4. Sungai Dusun Wildlife Reserve

  5. Sungai Gabai Waterfalls

  6. Templer's Park

Daerah di Selangor

Sekolah di Selangor

Keretapi yang beroperasi di Selangor

Selangor menerima perkhidmatan KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang dan Laluan Seremban, Lingkaran Rel Ekspres, LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Kelana Jaya, dan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang.

Jeti Nelayan SekinchanJeti Nelayan Sekinchan (1 July, 2016)

Mengenai Selangor

Selangor meliputi kawasan 7,956 km persegi (3,071 batu persegi). Ia mempunyai jumlah penduduk sebanyak 5.2 juta orang (anggaran 2010). Ibu negerinya ialah Shah Alam manakala bandar dirajanya ialah Klang. Bandaraya yang terbesar di Selangor ialah Petaling Jaya, yang merupakan sebahagian daripada kawasan metropolitan Kuala Lumpur yang biasanya digelar dengan nama Lembah Klang.

Setelah Malacca tewas di tangan Portugis, Selangor menjadi tanah yang ditandingi kuasa jiran seperti Johor dan Perak, yang kedua-duanya baru diasaskan, dan juga oleh pihak Portugis di Melaka, begitu juga oleh pihak Aceh dan Siam. Orang Minangkabau yang telah mengasaskan Negri Sembilan juga ada yang menetap di Selangor. Tetapi dari tahun1740, orang Minangkabau telah diusir oleh orang Bugis, dari mana berasalnya keturunan diraja Selangor.

Bijih timah telah ditemui dengan banyaknya di Selangor pada tahun 1850-an, pada masa yang agak sama dengan penemuan bijih ini di Larut, Perak. Ketibaan burh Cina untuk melombong timah di Ampang, dekat kuala antara Sungai Gombak dengan Sungai Klang, telah memungkinkan pengasasan bandaraya yang terbesar dan terpenting di negara ini, iaitu Kuala Lumpur.

Seperti juga di Perak, di mana kekayaan yang berpunca dari perlombongan bijih timah telah mengakibatkan pembesar-pembesar Melayu saling bertanding, dengan setiap pihak menerima sokongan dari kongsi gelap Cina yang berlainan, perang saudara di Selangor juga memberi alasan untuk pihak British untuk bercampurtangan dan menegakkan kuasa mereka di Selangor.

Pada tahun 1874, yakni tahun yang sama apabila Perjanjian Pangkor ditandatangani Perak, Negeri Selangor juga terpaksa menerima seorang Residen British. Pemerintahan British membawa faedah kepada Selangor, membolehkannya memperoleh kekayaan daripada perlombongan bijih timah. Dengan pantas, Selangor mengatasi negeri-negeri lain menjadi negeri yang paling maju dan kaya di negara ini.

Pembangunan Selangor dari lewat abad ke-19 hingga ke awal abad ke-20 adalah berpunca dari penemuan bijih timah di Kuala Lumpur. Sejak permulaan abad ke-20, kawasan hutan di Selangor telah ditebang untuk penanaman pokok getah dan kelapa sawit. Lambat laun, ladang-ladang ini dibangunkan semula untuk perumahan dan industri..

Asal usul nama Selangor

Nama "Selangor", menurut satu teori, dikatakan berasal dari nama seekor binatang bernama langau1. Seorang pahlawan dalam perjalanan ke utara telah diserang binatang ini apabila beliau tengah berehat di tepi sungai. Pahlawan itu pun membuka tanah di tempat itu, dan memberi tempat itu nama Se-langau, yang kemudiannya menjadi Selangor. Satu teori yang berlainan menyatakan yang nama Selangor berasal dari nama pokok Mentangau yang tumbuh di sepanjang sungai. Muara sungai itu dipanggil Kuala Sungai Mentangau, yang kemudiannya menjadi Kuala Selangor.

Gereja Our Lady of Lourdes, KlangGereja Our Lady of Lourdes di Klang (29 Disember, 2006)

Pergi ke Selangor

Dari Udara
Terdapat dua lapangan terbang di Selangor, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Dari Darat
Selangor dihubungi oleh Lebuhraya Utara-Selatan Laluan Utara dari Perak, Lebuhraya Utara-Selatan Laluan Selatan Lebuhraya ELITE dari Negeri Sembilan, dan Lebuhraya Karak dari Pahang.

Klang, Selangor
Klang, Selangor (29 Disember, 2006)

Rujukan

Senarai Negeri di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.