Discover with Timothy
21st Anniversary as Content CreatorJohor Bahru جوهر بهرو

Bangunan Sultan Ismail, satu daripada mercu tanda Johor BahruBangunan Sultan Ismail, satu daripada mercu tanda Johor Bahru (16 September, 2016)


English

Johor Bahru (GPS: 1.48848, 103.75762), (Jawi: جوهر بهرو; Cina: 新山; Cina Pinyin: Xīnshān; Hokkien: Sin3snua1/Sin3san1; Tamil: ஜொகூர் பாரு) ialah ibu negeri dan bandar terbesar di Johor. Ia juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran untuk Daerah Johor Bahru. Biasanya dikenali dengan singkatan JB, Johor Bahru ialan sebuah bandaraya dengan jumlah penduduk 500,000 juta orang dalam kawasan metropolitan dengan 1.8 juta penghuni. Ia adalah bandaraya yang ketiga besar1 di Malaysia dan antara yang paling pesat membangun di Asia Tenggara.

Petua Melawat Johor Bahru adalah panduan terperinci untuk membantu anda mengenali dan menikmati lawatan anda ke ibu negeri Johor. Setiap tempat diterangkan dengan terperinci, lengkap dengan koordinat GPS agar mudah anda bernavigasi ke sana.

Peta Johor Bahru

Tempat-tempat menarik di Johor Bahru

  1. Bangunan Sultan Ibrahim (GPS: 1.45782, 103.76114)

  2. Dataran Bandaraya Johor Bahru (GPS: 1.4603, 103.74122)

  3. Gereja Anglican St Christopher (GPS: 1.4633, 103.75151)

  4. Gereja Immaculate Conception (GPS: 1.4652, 103.75885)

  5. Gurdwara Sahib Johor Bahru (GPS: 1.45964, 103.7638)

  6. Istana Besar/Muzium Diraja Abu Bakar (GPS: 1.455, 103.75635)

  7. Istana Bukit Serene (GPS: 1.47981, 103.72624)

  8. Istana Pasir Pelangi (GPS: 1.48353, 103.78612)

  9. Kota Iskandar (GPS: 1.42224, 103.64825)

  10. Kuil Arulmigu Rajamariamman Devasthanam (GPS: 1.45924, 103.76399)

  11. Kuil Arulmigu Sri Rajakaliamman (GPS: 1.46862, 103.75968)

  12. Legoland Malaysia (GPS: 1.45714, 103.76336)

  13. Masjid India (GPS: 1.45714, 103.76336)

  14. Masjid Sultan Abu Bakar (GPS: 1.4569, 103.75118)

  15. Menara Landmark (GPS: 1.46531, 103.75975)

  16. Pulau Danga Bayu (GPS: 1.47762, 103.70958)

  17. Taman Perbandaran Hutan Bandar (GPS: 1.51151, 103.63262)

  18. Tokong Lama Johor Bahru (GPS: 1.46055, 103.76313)

  19. Zoo Johor (GPS: 1.4572, 103.75288)

Pusat Pengangkutan di Johor Bahru

  1. Port of Tanjung Pelepas (GPS: )

  2. Senai International Airport (GPS: 1.6357, 103.66565)

  3. Sultan Iskandar CIQ Complex (GPS: 1.46537, 103.76666)

Jalanraya dan Lebuhraya di Johor Bahru

Kategori Tempat di Johor Bahru

Kawasan Persekitaran Bandaraya Johor Bahru

Bandar-bandar di Daerah Johor Bahru

Hospital di Johor Bahru

  1. Hospital Permai: tel: 07 237 3333 ext 333

  2. Hospital Sultanah Aminah: Jalan Abu Bakar, 80100 Johor Bahru, tel: 07 225 7000

Infrastruktur Pengangkutan di Johor Bahru

Maklumat Pengangkutan Johor Bahru

  1. Tiba di JB Sentral

  2. Tiba di Kompleks CIQ Sultan Iskandar

  3. Tiba di Lapangan Terbang Senai

  4. Perkhidmatan Bas Ekspres Johor Bahru

    1. Maklumat Utiliti di Johor Bahru

      1. Syarikat Air Johor Jalan Garuda, 80350 Johor Bahru, tel: 07 224 4040

      Pergi ke Johor Bahru

      Dari Darat
      Johor Bahru dihubungkan kepada Singapura melalui Tambak Johor dan juga Lingkaran Kedua. Bandaraya ini terletak di penghujung selatan Lebuhraya Utara-Selatan (E2) yang menghubungi kebanyakan bandar utama di Semenanjung Malaysia.

      Dari Udara
      Lapangan Terbang Senai (JHB), yang juga dikenali dengan nama Lapangan Terbang Sultan Ismail, terletak 28 di sebelah barat laut Johor Bahru. Lapangan terbang ini menerima pesawat Penerbangan Malaysia yang menghubungkan Johor Bahru dengan Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu. AirAsia juga mempunyai penerbangan ke Senai, menghubungkan Johor Bahru dengan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuching, Sibu, Miri, Kota Kinabalu, Bali, Jakarta, Surabaya dan Bangkok. Firefly menawarkan hubungan antara Senai dengan Lapangan Terbang Subang di Kuala Lumpur.

      JB SentralJB Sentral (14 September, 2016)

      Sejarah Johor Bahru

      Johor Bahru diasaskan oleh Temenggong Daing Ibrahim pada tahun 1855 atas tujuan dijadikan ibukotanya. Sebelum itu, Johor Bahru hanya sebuah kampung nelayan yang dipanggil Tanjung Puteri. Temenggong Abu Bakar, yakni anak kepada Temenggong Daing Ibrahim, yang menamakannya Johor Bahru pada 1hb Januari, 1866. Temenggong Abu Bakar kemudian menjadi sultan, dengan nama Sultan Abu Bakar pada tahun 1885. Baginda dianggap Bapa Johor Moden dan berperanan mendirikan bangunan-bangunan bersejarah di bandaraya itu.

      Jalan keretapi yang menghubungkan bandar-bandar di Semenanjung Malaysia telah sampai ke Johor Bahru pada tahun 1909. Dengan siapnya pembinaan Tambak Johor pada tahun 1923, perkhidmatan keretapi dapat dilanjutkan sampai ke Singapura. Bangunan Sultan Ibrahim telah dibina sebagai bangunan kerajaan British pada tahun 1940, tetapi ia terus jatuh ke tangan tentera Jepun.

      Tentera Jepun telah tiba di Johor Bahru pada 31hb Januari, 1942 dan menawan bandar itu tanpa sebarang tentangan kuat. Kediaman sultan, Istana Bukit Serene, dijadikan ibu pejabat tentera Jepun dalam persiapan untuk menawan Singapura.

      Selepas Perang Dunia Kedua tamat, Johor Bahru menjadi akar umbi nasionalisma Melayu. Di sinilah parti United Malay National Organisation, yang juga dikenali dengan singkatannya UMNO, diasas oleh Menteri Besar Johor, Onn Jaafar, pada bulan Mei, 1946, untuk menyuarakan rasa kekecewaan pihak British memberikan kewarganegaraan kepada bangsa bukan Melayu.

      Johor Bahru mula berkembang pesat sejak tahun 1960-an, dibantu oleh kedudukannya yang dekat dengan Singapura. Pekan-pekan di sekeliling Johor Bahru telah diserap menjadi sebahagian daripada kawasan metropolitan bandaraya itu. Johor Bahru telah diberi status bandaraya pada 1hb Januari, 1994, dan Dataran Bandaraya Johor telah dibina untuk memperingati peristiwa itu.

      Rujukan

      1. Berdasarkan penduduk Kuala Lumpur 1.7 juta orang (2015), oleh Jabatan Statistik Malaysia, Pulau Pinang 678,000 juta orang (General Info, oleh Tourism Penang, 2007), dan Johor Bahru 497,067 juta orang (Jabatan Statistik Malaysia, 2010).

      Senarai Bandar di Johor dan Ibu Negeri di Malaysia

       Halaman web terkini di Penang Travel Tips

       Discover with Timothy YouTube Channel

       Discover with Timothy Food YouTube Channel

       Learn Penang Hokkien YouTube Channel

      SojiMart Videos

      Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

      Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

      Discover with Timothy

      Discover With Timothy YouTube Channel

      Chowrasta Market Narrated Walking Tour

      IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

      Relau Penang Narrated Walking Tour

      Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

      Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

      Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

      Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

      Feng Yi Dumplings

      Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

      Blooms Nursery & Gallery

      Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

      Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

      Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

      Bayan Baru Walking Tour
      © 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.