Daerah Kuala MudaPemandangan Gunung Jerai di Daerah Kuala Muda (23 Ogos, 2015)


English

Daerah Kuala Muda adalah sebuah daerah di bahagian selatan negeri Kedah. Ia disempadani Daerah Yan di barat laut, Daerah Pendang di utara, Daerah Sik di timur laut, Daerah Baling dan Daerah Kulim di tenggara, dan Pulau Pinang di selatan. Daerah Kuala Muda mempunyai keluasan 923 km persegi. Pusat pentadbirannya adalah bandar Sungai Petani iaitu bandar kedua besar di Kedah.

Antara bandar yang terdapat di Daerah Kuala Muda termasuk Tikam Batu, Padang Tembusu, Sungai Lalang, Bedong, Bukit Selambau, Sidam, Gurun, Semeling, Merbok, Kota Kuala Muda dan Tanjung Dawai.

Daerah Kuala Muda dibahagikan kepada beberapa mukim, yang mungkin juga merupakan bandar. Ini termasuk Bandar Aman Jaya, Bedong, Bujang, Bukit Meriam, Bukit Selambau, Gurun, Haji Kudong, Jeniang, Kota, Kota Kuala Muda, Kuala, Merbok, Pekula, Pinang Tunggal, Rantau Panjang, Semeling, Sidam Kiri, Simpor, Sungai Lalang, Sungai Pasir, Sungai Petani, Teloi Kiri, Tikam Batu dan Tanjung Dawai.

Lembah Bujang juga terletak di Daerah Kuala Muda. Ia adalah tapak arkeologi untuk tamadun purba yang paling besar di negara ini. Juga di Daerah Kuala Muda ialah Masjid Pengkalan Kakap, satu daripada masjid yang tertua di Kedah.

Tempat-tempat di Daerah Kuala Muda dalam peta

Senarai tempat di Daerah Kuala Muda

Kampung Tepi Sungai

5.5806, 100.34156
Sebuah kampung di tebing utara Sungai Muda, paling dikenali sebagai tempat untuk Pasar Bisik.

Maklumat

Merdeka Beach Resort

GPS: 5.66507, 100.36751
Sebuah resort kecil yang popular dengan pelawat tempatan yang sering digunakan oleh syarikat tempatan untuk seminar dan aktiviti teambuilding.

Maklumat

Monumen Tsunami

GPS: 5.58614, 100.33989
Tugu peringatan untuk bencana tsunami yang melanda kawasan itu pada bulan Disember, 2004.

Maklumat

Pantai Merdeka

GPS: 5.66603, 100.36732
Pantai Merdeka adalah sebuah kawasan persisiran pantai yang terkenal di selatan negeri Kedah.

Maklumat

Pasar Bisik Kuala Muda

GPS: 5.57827, 100.34105
Pasar nelayan di mana urusniaga dijalankan secara berbisik.

Maklumat

Pulau Sayak

GPS: 5.66062, 100.33421
Sebuah kampung nelayan dengan pemandangan indah.

Maklumat

Tapak Arkeologi Sungai Mas

GPS: 5.59136, 100.37513
Bekas tapak arkeologi di mana penggalian tidak lagi dijalankan.

Maklumat

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.