Teroka dengan Timothy Tye
Petua Melawat Kuala Kedah

Start here
Look for Property in Penang

Kuala KedahKuala Kedah (10 November, 2015)




English

Kuala Kedah (GPS: 6.10641, 100.29247) ialah sebuah pekan nelayan di muara Sungai Kedah, kira-kira 15 km dari Alor Setar, Kedah. Ia merupakan pelabuhan untuk bandaraya Alor Setar. Dari Kuala Kedah, anda boleh menaiki feri ke Pulau Langkawi.

Kuala Kedah amat popular dengan pelancong tempatan sebagai satu-satunya destinasi makanan laut. Terdapat beberapa restoran makanan laut di sini. Antara hidangan yang digemari termasuk ikan bakar dan laksa Kuala Kedah.

Lokasi tempat di Kuala Kedah

Tempat-tempat menarik di Kuala Kedah

  1. Jambatan Tok Pasai (GPS: 6.10935, 100.29432)
  2. Kubu Kuala Kedah (GPS: 6.10897, 100.28722)
  3. Terminal Jeti Penumpang Kuala Kedah (GPS: 6.10655, 100.29013)

Kategori tempat di Kuala Kedah


Kuala KedahPerkampungan di Kuala Kedah (10 November, 2015)


Kuala KedahJeti nelayan di Kuala Kedah (30 April, 2005)




Antara perkembangan terbaru di Kuala Kedah ialah pembinaan Marina Kapal Layar Kuala Kedah yang mempunyai bentuk seperti kubu. Marina ini berada bersebelahan dengan Kubu Kuala Kedah, satu-satunya tempat yang patut dilawat sekiranya anda berminat akan sejarah tempatan.

Anda boleh menikmati pemandangan Kuala Kedah dari Jambatan Tok Pasai yang menyeberangi Sungai Kedah. Hentikan kereta anda di bahu jalan dan berjalan kaki ke atas jambatan. Dari jambatan ini, anda akan dapat melihat kampung nelayan pada sebelah selatan Sungai Kedah manakala Kubu Kuala Kedah dan Marina pula pada sebelah utara.

Kuala KedahJambatan Tok Pasai di Kuala Kedah adalah jambatan utama yang menyeberangi Sungai Kedah (30 April, 2005)


Kuala Kedah diasaskan beberapa kurun yang lepas. Ia menjadi pelabuhan perdagangan pada kurun yang ke-18. Kapten Francis Light telah tinggal seketika di sini apabila beliau berurusniaga di rantau ini, sebelum beliau mengasas Pulau Pinang. Terdapat sekelompok masyarakat Serani di sini pada zaman Francis Light. Mereka menetap di sini selepas melarikan diri dari Phuket di mana mereka telah mengalami penindasan agama. Apabila Pulau Pinang diasas, kaum Serani pun berpindah ke sana dan mengasaskan Gereja Assumption di sana.

Bagaimana nak pergi ke Kuala Kedah

Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar pada Exit 177 (Persimpangan Alor Star Selatan) dan ikut Jalan Besar Lama menghala ke Alor Setar. Ikut papan tanda untuk membelok ke arah Kuala Kedah.

Kuala KedahRumah kos rendah sepanjang terusan di Kuala Kedah (30 April, 2005)


Kuala Kedah Yacht MarinaMarina Kapal Layar Kuala Kedah (30 April, 2005)


Timothy Tye di Kuala KedahSaya di Marina Kapal Layar Kuala Kedah (30 April, 2005)

Kuala Kedah adalah dalam peta Kedah

Pandangan 360° Sungai Kedah pada Google Maps Street View

Pemandangan Kuala Kedah dari Jambatan Tok Pasai.

Terminal Jeti Kuala Kedah Ferry Terminal, untuk menaiki feri ke Pulau Langkawi.

Kubu Kuala Kedah dari tepi jalan.

Marina Kapal Layar Kuala Kedah.

Senarai Bandar di Kedah dan Bandar di Malaysia

Add your business/shop to my site

How would you like to have your business or shop added to this website, so that would-be customers can easily find you? This website provides place information of the whole world, with special emphasis on Malaysia and Singapore.

If you has a shop or business anywhere in Malaysia or Singapore, with a physical location, you may have your shop listed on one of the pages of this site. For example, a shop in Cheras will be placed on the Cheras page, another in Kota Bharu is listed in the Kota Bharu page, and so on. You only need to pay a one-time fee, and your shop will be listed for you for as long as this site is still running. There are different placement plans available. To find out more, CONTACT ME

Going somewhere?

If you're travelling somewhere, look for accommodation using the Search Hotel engine below. It helps you find the online booking site that offers the best rates for the room you want.

Book your hotel room here

If you're traveling somewhere soon, book your hotel room online with Agoda. Agoda offers the best prices on 2,000,000+ properties worldwide. Click here to find the room you want.

Looking for a book? Get it from Book Depository with free delivery worldwide!

I have just discovered Book Depository, a subsidiary of Amazon.com, and I love it. This is where you can buy books and have them sent to you. But unlike Amazon, when you purchase using Book Depository, you enjoy free delivery worldwide. Give it a try today!

 Beli Tiket Bas Di Sini!

Jika anda bercadang menaiki bas perjalanan panjang di Malaysia dan Singapura, beli tiket bas anda terus dari Bus Online Ticket, untuk menikmati tambang yang paling berpatutan.

 Halaman terkini menurut Timothy Tye



 Sertai program Ezoic, Rakan Terbitan Iktiraf Google

Sekiranya laman web anda mendapat lebih daripada 10,000 pelawat dalam setiap bulan, anda layak menyertai Ezoic. Ia suatu program rakan terbitan iktiraf Google yang menghubungkan pengiklan bayaran tinggi dengan lawan bertrafik tinggi. Dengan menyertai program ini, laman anda mendapat iklan Adsense dengan bayaran yang lebih tinggi daripada iklan Adsense sedia ada. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya.

Peta Bandar-bandar di Kedah

 Senarai Bandar-bandar di Kedah dari peta di atas

 Teroka Dunia

Terima kasih kerana melawat laman web saya. Sejak saya mula menulisnya pada tahun 2003, ia telah menjadi ensiklopedia hasil tulisan saya sendiri. Nama saya . Sejak 1 November, 2007, saya menulis laman web ini sepenuh masa. Saya menulis laman saya untuk memuaskan perasaan ingin tahu, tetapi saya bangga sekiranya maklumat yang saya kumpul berguna kepada anda.

Untuk berhubung dengan saya, sila isikan borang ini. Terima kasih, dan jangan lupa ikut saya di Facebook!

Hosting

Laman ini dihoskan pada Bluehost, antara hos laman yang paling besar di dunia.

© 2003-2019 Timothy Tye. Hak Cipta Terpelihara.