Bon Ton Resort, LangkawiBon Ton Resort, Langkawi (19 Februari, 2017)


English

Bon Ton Resort (GPS: 6.30945, 99.72435) adalah sebuah hotel butik di Langkawi. Resort pada Jalan Kuala Muda mempamerkan keindahan suasana desa sebelah utara Pantai Cenang. Bagaikan rahsia yang terpelihara (walaupun sekarang, dah dikenali ramai) Bon Ton Resort tidak menunjukkan keindahannya dari tepi jalan besar. Hanya setelah anda menjejak masuk ke dalam barulah anda terpesona dengan keindahannya.

Bon Ton Resort terdiri daripada lapan rumah kampung Melayu yang menawan. Rumah-rumah ini pada asalnya didirikan di beberapa kampung di serata Negeri Kedah. Kebanyakannya dalam keadaan terabai. Setiap satu rumah telah dibeli, dirombak and dipindahkan kepada tapak baru di Langkawi, di mana setiap rumah dibina semula dan disesuaikan sebagai chalet mewah.

Di tengah-tengah Bon Ton Resort ialah sebuah restoran yang sering dikunjungi oleh tetamu rumah dan juga tetamu luar. Resort itu juga mempunyai sebuah kedai cenderamata yang menjual pelbagai barangan tempatan. Bersebelahan ialah sebuah lagi resort dari pemilik yang sama. Bernama Temple Tree at Bon Ton, ia juga terdiri daripada sekelompok bangunan yang telah dibaikpulih.

Bon Ton ResortMari kita melawat Bon Ton Resort. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortJalan ini ke Bon Ton Resort! (19 Februari, 2017)


Bon Ton Resort, LangkawiBon Ton Resort, Langkawi (20 Februari, 2017)


Bon Ton ResortDek senja di sekeliling kolam renang Bon Ton Resort. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortSuasana di Bon Ton Resort ibaratkan resort dekat Bali. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortRestoran Nam adalah restoran di Bon Ton Resort. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortPandangan Restoran Nam dari pekarangan Bon Ton Resort. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortDari Restoran Nam, anda boleh menikmati keindahan tasik dan rumah atas permukaan air yang digunakan sebagai tempat sarapan ekslusif oleh Bon Ton Resort. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortChin Chin adalah sebuah bar di Bon Ton Resort. Bangunannya pada asal adalah sebuah kedai perniagaan getah. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortKolam renang Bon Ton Resort tersergam indah pada hari panas. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortBon Ton Resort, seindah poskad. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortSuatu tempat untuk beristirehat. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortSeekor kucing yang dahulunya kucing liar sekarang bebas menikmati hidup mewah di Bon Ton Resort. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortMenetap di Bon Ton adalah ibarat tinggal di sebuah kampung yang sungguh kemas. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortSetiap sudut Bon Ton Resort mempunyai keindahan tersendiri. Di sini, kami di tepi sebuah tasik dengan rumah Melayu di tepinya, dan kemuncak Gunung Mat Cincang di latar belakang. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortKeladi bunting tumbuh di sisi tasik di Bon Ton Resort. (19 Februari, 2017)

Chalet mewah di Bon Ton Resort

Terdapat sejumlah 8 chalet mewah di Bon Ton, setiap satu boleh menampung sepasang tetamu. Chalet ini pada asalnya merupakan rumah kampoung yang teleh dipindah ke tapak baru dan diubahsuai sebagai chalet. Setiap chalet diberi nama termasuk Black Coral, Blue Ginger, Cahaya, Laguna, Palm, Silk, White Frangipanni dan Yellow Orchid.

Bon Ton ResortSatu daripada chalet di Bon Ton Resort. Kalau tidak silap, namanya Black Coral. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortChalet yang dicat biru ini, dengan pokok halia di depannya, dipanggil Blue Ginger. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortSatu lagi pandangan chalet Blue Ginger. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortChalet ini, kalau tak silap saya, diberi nama Palm. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortChalet bernama White Frangipani kelihatan tersembunyi di belakang kelompok pokok palma. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortSeperti suasana kampung di chalet bernama Silk. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortTerletak di bawah sepohon pokok ketapang ialah chalet bernama Yellow Orchid. (19 Februari, 2017)

Pandangan dalam chalet Bon Ton Resort

Bon Ton ResortBegini rumahnya bahagian dalam sebuah chalet mewah di Bon Ton Resort, lengkap dengan katil bertiang empat. (19 Februari, 2017)


Bon Ton ResortDan ini pula bilik air chalet. (19 Februari, 2017)

Kedai Cenderamata Bon Ton

Terdapat sebuah kedai cenderamata di Bon Ton. Ia menjual pelbagai barangan termasuk buku, barangan kegunaan diri, barang mainan dan cenderamata yang lain.

Bon Ton ShopBon Ton Shop (20 Februari, 2017)


Bon Ton ShopBon Ton Shop (20 Februari, 2017)

Pandangan 360° Bon Ton Resort pada Google Maps Street View

Jalan masuk ke Bon Ton Resort

Alamat

Bon Ton Restaurant & Resort
Pantai Cenang,
07000 Langkawi.
Phone: +60 4 955 1688 (office), 04 955 6787 & 04 955 3643 (Nam Restaurant)
Email: info@bontonresort.com.my

Bon Ton Resort adalah dalam peta Langkawi



Bon Ton Resort, LangkawiSaya dan isteri saya mengucapkan terima kasih kepada Bon Ton Resort atas jemputan untuk melawatnya. (20 Februari, 2017)

Senarai Hotel di Langkawi, Hotel di Kedah and Hotel di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.