Discover with Timothy
21st Anniversary as Content CreatorTemple Tree at Bon Ton (Edisi BM)

Temple Tree at Bon TonTemple Tree at Bon Ton (19 Februari, 2017)




English

Temple Tree at Bon Ton (GPS: 6.30825, 99.72439) adalah sebuah hotel butik di Langkawi, Kedah. Ia menduduki sebuah kawasan lebih kurang seratus meter dari Jalan Pantai Cenang. Hotel ini terdiri daripada bangunan-bangunan dari masa lampau, setiap satu dilbina lebih separuh kurun yang lalu. Bangunan-bangunan yang pada tapak asalnya mungkin telah dirobohkan sempat diselamatkan dan telah diubahsuai sebagai kediaman butik.

Terdapat sejumlah tujuh bangunan berwarisan di hotel ini yang bersebelahan dengan Bon Ton Resort dari pemilik yang sama. Sebahagian daripada hasil pengelolaan Temple Tree dan Bon Ton disalurkan untuk menyokong LASSie (Yayasan Perlindungan Binatang Langkawi), sebuah organisasi yang menyelamatkan haiwan terbiar, terutamanya kucing dan anjing, dan memberi mereka tempat hidup yang baru.

Temple Tree mendapat nama sempena pokok beringin dengan keramat di kakinya. Pokok bersama keramat ini masih berada di perkarangan hotel ini.

Temple Tree at Bon TonSaya bersama papan tanda Temple Tree at Bon Ton (19 Februari, 2017)

Bangunan-Bangunan Tempoh Lama di Temple Tree

Berikut bangunan-banguan tempoh lama yang telah dipindahkan dari tapak asal ke Temple Tree. Nama yang ditunjukkan di sini adalah nama kini dan bukan semestinya nama asal bangunan-bangunan itu.

Straits Club

Bangunan ini digunakan sebagai reception atau kaunter penerimaan oleh Temple Tree. Ia mengandungi ruang makan dan perpustakaan, antara lain, dan juga kuarters untuk kakitangan hotel di sebelah belakang. Ia sebuah banglo satu tingkat yang telah dibina pada tahun 1920-an di Jalan York, Pulau Pinang. Pada asalnya, bangunan ini dimiliki oleh sebuah keluarga Serani sebelum dijual kepada sebuah keluarga Melayu, dan diberi nama Bahagia, sebelum menjadi milik hotel ini. Bangunan ini mempunyai beranda di kedua-dua tepinya.

Straits Club, Temple TreeBangunan Straits Club di Temple Tree (19 Februari, 2017)


Straits Club, Temple TreeBahagian dalam Straits Club di Temple Tree (19 Februari, 2017)


Straits Club, Temple TreeSaya dan isteri saya di Straits Club, Temple Tree. (19 Februari, 2017)


Chinese House

Ini adalah antara bangunan tertua di Temple Tree at Bon Ton Resort. Bangunan dua tingkat ini dibina oleh sebuah keluarga Cina di Batu Pahat, Johor kira-kira seratus tahun dahulu. Sekarang ia ditempatkan di perkarangan hotel, di sisi kolam renang utamanya. Ia telah diubahsuai yang menampung dua bilik suite mewah, satu di tingkat bawah dan satu lagi di tingkat atas, dengan kedua-duanya menikmati pemandangan kolam renang tersebut.

China House, Temple TreeChina House, Temple Tree (19 Februari, 2017)


China House, Temple TreePandangan sisi China House di Temple Tree (19 Februari, 2017)


Penang House

Penang House adalah banglo satu tingkat yang dipanggil phu3kha3lau2 dalam Bahasa Hokkien Pulau Pinang. Dari namanya dapat dijangka yang bangunan ini berasal dari Pulau Pinang. Ia pada asalnya dibina di Jalan Pangkor berdekatan Persiaran Gurney pada tahun 1930-an.

Penang House, Temple TreeBahagian dalam Penang House di Temple Tree (19 Februari, 2017)


Penang House, Temple TreeKatil saiz king di Penang House, Temple Tree (19 Februari, 2017)


Penang House, Temple TreeBahagian belakang Penang House di Temple Tree (19 Februari, 2017)


Penang House, Temple TreeTab mandi di Penang House, Temple Tree (19 Februari, 2017)


Black & White House

Rumah kayu ini berbingkai indah dengan rekabentuk Melayu. Ia pada asalnya dibina pada tahun 1940-an di Mantin, Negeri Sembilan. Dinaikkan dari tanah dengan kaki batu, rumah ini telah dicat hitam putih. Ukiran yang menghiasi dinding rumah ini telah dibaikpulih.

Black & White House, Temple TreeBlack & White House di Temple Tree (19 Februari, 2017)


Black & White House, Temple TreePandangan depan Black & White House di Temple Tree (19 Februari, 2017)


Black & White House, Temple TreeSaya dan isteri saya di Black & White House dekat Temple Tree (19 Februari, 2017)


Colonial House

Ini satu lagi bangunan dari masa lampau yang berasal dari Pulau Pinang. Ia dibina pada tahun 1920-an oleh seorang pedagang emas Arab. Bangunan dua tingkat ini mempunyai sebari tingkat panjang di tingkat atas. Ia telah diubahsuai untuk menampung empat bilik suite, dua di tingkat bawah dan dua lagi di tingkat atas. Terdapat juga ruang umum di tingkat bawah untuk kegunaan tetamu.

Colonial House, Temple TreePandangan depan Colonial House di Temple Tree (19 Februari, 2017)


Colonial House, Temple TreePandangan sisi Colonial House di Temple Tree (19 Februari, 2017)


Colonial House, Temple TreeMemandang ke pintu depan Colonial House, Temple Tree (19 Februari, 2017)


Colonial House, Temple TreeMemandang ke bahagian belakang Colonial House, Temple Tree (19 Februari, 2017)


Colonial House, Temple TreeTempat duduk di tingkat bawah Colonial House, Temple Tree (19 Februari, 2017)


Estate

Bangunan ini pada asalnya merupakan kediaman pekerja estet. Ia dibina pada tahun 1940-an di Pasir Putih berdekatan Ipoh. Ia telah dipindah ke sini dan diubahsuai untuk menampung lima bilik suite.

Estate House, Temple TreeEstate House, Temple Tree (19 Februari, 2017)


Plantation House

Plantation House ialah sebuah rumah kayu dua tingkat. Tiada maklumat terperinci yang saya dapati mengenai bangunan ini. Rasanya ia mungkin rumah ladang kepunyaan keluarga Cina. Pintu depan menghala ke ruang tamu, dengan lorong di sisi yang membawa anda ke sebuah halaman di sebelah belakang.

Plantation House, Temple TreePlantation House di Temple Tree (19 Februari, 2017)


Plantation House, Temple TreePandangan depan Plantation House di Temple Tree (19 Februari, 2017)


Plantation House, Temple TreeSaya dan isteri saya di Plantation House di Temple Tree (19 Februari, 2017)


Plantation House, Temple TreeHalaman di belakang Plantation House di Temple Tree (19 Februari, 2017)


Bungalow (Sedang Diubahsuai)

Bangunan ini masih diubahsuai pada masa lawatan saya pada bulan Februari, 2017. Ia sebuah banglo dua tingkat yang indah. Tingkat bawah dibina dengan batu batan sementara tingkat atas pula daripada kayu. Terdapat anjung dengan gerbang bulat. Diharapkan bangunan ini sudah siap diubahsuai apabila saya membuat lawatan kembali ke Temple Tree satu hari kelak.

Bungalow, Temple TreeSinaran cahaya matahari menindik melalui anjung Bungalow di Temple Tree (19 Februari, 2017)


Bungalow, Temple TreeBangunan Bungalow yang boleh siap diubahsuai, di Temple Tree (19 Februari, 2017)


Bungalow, Temple TreeSatu lagi pandangan Bungalow di Temple Tree (19 Februari, 2017)


Kolam Renang di Temple Tree

Terdapat dua kolam renang di Temple Tree, satunya di sisi Straits Club dan satu lagi yang lebih besar di hadapan China House.

Pool, Temple TreeKolam renang sebelah sisi di Temple Tree (19 Februari, 2017)


Pool, Temple TreeKerusi dek di tepi kolam renang utama di Temple Tree (19 Februari, 2017)


Pool, Temple TreePandangan kolam renang utama, dengan China House di belakangnya. (19 Februari, 2017)

Lawatan kami ke Temple Tree at Bon Ton

Saya dan isteri saya bersama empat rakan lain dari masyarakat blogger telah membuat kunjungan tinjau sebagai tetamu Temple Tree pada 19-20 Februari, 2017. Antara kami ialah saya dan isteri saya Chooi Yoke, satu pasangan lagi Jayne dan Christopher, dan dua adik beradik Emily dan Xherlyn. Kami tiba di Temple Tree dari Cinta Sayang Resort di Sungai Petani. Selepas perjalanan kira-kira dua jam dari Kuala Kedah, feri kami pun tibalah di Terminal Jeri Penumpang Kuah pada jam 4:00 petang, dan disambut oleh pengurus hotel, Encik Amir.

Oleh sebab kami hanya mempunyai dua hari satu malam di Langkawi, dan dua daripada kami melawat Langkawi untuk pertama kali, beliau telah memberi kami satu "lawatan kilat", dengan satu hentian di Tanjung Rhu. Dari situ kami terus ke Temple Tree, dan tiba kira-kira pukul 6:00pm.

Oleh sebab kami tidak sempat bersarapan sejak pagi, ada antara kami yang berasa sungguh lapar, oleh itu kami telah memesan makanan dari menu Temple Tree. Selepas makan, kami pun mendaftar masuk ke bilik masing-masing. Jayne dan Christopher diberi bilik suite dekat China House, Emily dan Xherlyn pula dekat Penang House, manakala saya dan isteri dekat Colonial House.

Straits Club, Temple TreeEmily, Xherlyn, isteri saya Chooi Yoke, myself, Jayne and Christopher at the dining room of Straits Club, with Temple Tree manager Amir. (19 Februari, 2017)


Kami pun membawa bagasi kami ke bilik suite masing-masing. Setiap satu bilik yang diberikan kepada kami sungguh cantik sekali. Bilik suite yang diduduki Jayne dan Christoper nampaknya usang, seperti tinggal di ladang. Bilik airnya mempunyai corak kayu yang ada ruang. Maksudnya orang boleh mengintai masa mandi! Terdapat juga tempat duduk dan sebuah bar.

Bilik suite yang diduduki Emily dan Xherlyn merangkumi bahagian depan sebuah rumah. Ia sungguh luas, dengan ruang untuk sebuah katil saiz king di satu bilik, dan satu katil lain di satu bilik lagi. Bilik airnya juga amat luas.

Penang House, Temple TreeXherlyn and Emily at Penang House (19 Februari, 2017)


Bilik suite yang saya dan isteri duduki berada di sebelah belakang Colonial House. Kami perlu naik tangga untuk sampai ke sana. Setibanya di bilik suite kami, kami amat berpuas hati. Ruangnya begitu besar, cukup untuk mengisi sebuah bilik tidur dengan ruang tamu sekaligus. Katil kami mempunyai kelambu. Ternampak juga alat penghalau nyamuk elektrik dipasang, dan ada pula krim Gamat untuk gigitan nyamuk. Apalah petanda ni? Mujurlah malam itu kami tidak digigit nyamuk.

Colonial House, Temple TreeSuite kami di Colonial House, Temple Tree Resort (19 February, 2017)


Colonial House, Temple TreeBilik suite kami di Colonial House dekat Temple Tree (19 Februari, 2017)


Colonial House, Temple TreePilihan luas untuk sarapan pagi di Colonial House, Temple Tree (19 February, 2017)


Colonial House, Temple TreeBilik kami mempunyai dua tab mandi. (19 Februari, 2017)


Colonial House, Temple TreeDan kini dapat alami bagaimanakah rasanya di dalam kelambu. (19 Februari, 2017)


Temple Tree by BontonSuite kami di Temple Tree Resort, Langkawi (19 February, 2017)


Sebenarnya, kami tidak biasa tidur di dalam kelambu. Bagi saya, rasa seperti kekurangan udara. Lagipun penghawa dingin tidak tersebar meliputi seluruh bilik dengan seimbangnya. Kalau betul-betul nak rasa sejuk, mesti berdiri di bawa penghawa dingin.

Selepas siap menyegar badan, kami keluar untuk melawat pasar malam yang berdekatan. Malam itu, Encik Amir membawa kami ke Pasar Malam Padang Matsirat. Saya akan menerangkannya dengan terperinci pada halaman yang berasingan.

Pada keesokan pagi, saya dapati bahawa sebuah kanta kamera DSLR saya sudah rosak. Malangnya beg berisi kamera itu terjatuh ke tanah daripada riba semasa saya nak keluar kereta semalam. Itupun cuai sendiri. Memanglah ini berita mengecewakan, tetapi nasib baik ini bukan kamera utama yang saya gunakan.

Sarapan pagi telah disiap sedia pada petang sebelumnya dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Terdapat roti, kek, pilihan kopi dan teh, dan ada juga jem, madu, jus oren dan yogurt. Selepas makan, kami dibawa ke sebelah untuk melawat resort Bon Ton. Yang itu saya juga akan terangkan dalam halaman berasingan.

Kemudian tibalah masa kami berdaftar keluar dari Temple Tree. Sebelum dibawa kembali berangkat, kami singgah sebentar di Oriental Village, di mana kami sempat membeli-belah sedikit barangan kenangan, tetapi tidak cukup masa untuk menaiki kereta kabel.

Dalam perjalanan kembali ke Terminal Jeti Penumpang Kuah, kami singgah di Restoran Siti Fatimah untuk sarapan tengah hari. Di sini didapati masakan nasi campur Melayu. Rasanya sedap, tetapi, memandangkan kami tiba di sana lewat, bilangan hidangan agak terhad.

Akhirnya kami tiba di Terminal Jeti Penumpang Kuah dengan cukup masa untuk membeli belah sebelum menaiki feri kembali ke Pulau Pinang.

Keramat di Temple TreeKeramat dan pokok yang memberi nama kepada Temple Tree at Bonton (19 Februari, 2017)

Temple Tree at Bon Ton is on the map of Langkawi

Senarai Hotel di Langkawi, Hotel di Kedah and Hotel di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.