Discover with Timothy
21st Anniversary as Content CreatorTempat-tempat Menarik di Malaysia mengikut negeri

English

Tempat-tempat Menarik di Malaysia mengikut negeri

Terdapat banyak tempat menarik di Malaysia. Cara yang paling elok untuk mengenali dan meneroka setiap satu adalah secara negeri demi negeri. Pada halaman ini, saya berikan sedikit pengenalan kepada setiap negeri. Klik masuk untuk mendapat maklumat lebih lanjut.

Petua melawat Johor

Johor adalah negeri paling selatan di Semenanjung Malaysia. Ia juga negeri yang paling dekat dengan Singapura. Terdapat banyak tempat menarik di negeri ini, terutamanya di ibu negerinya Johor Bahru, dan juga di bandar-bandar yang lebih kecil di pinggir barat dan timur negeri ini.

Maklumat

Petua melawat Kedah

Kedah adalah antara negeri yang paling tua di Malaysia. Di sini bertempatnya Lembah Bujang, yang kaya dengan tapak arkeologi dan peninggalan purba.

Maklumat

Petua melawat Kelantan

Kelantan adalah sebuah negeri juga kurang membangun di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Terdapat banyak masjid dan kuil Buddha yang menarik di negeri ini.

Maklumat

Petua melawat Melaka

Melaka dianggap tempat di mana tamadun Melayu bermula. Ia kaya dengan tempat menarik yang boleh dilawati, terutamanya di ibu negerinya, Bandaraya Bersejarah Melaka.

Maklumat

Petua melawat Negeri Sembilan

Negeri Sembilan terkenal dengan budaya Minangkabau yang berasal dari Sumatra.

Maklumat

Petua melawat Pahang

Pahang adalah negeri yang paling besar di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan kawasannya diliputi hutan dan gunung. Ia mempunyai beberapa destinasi peranginan bukit yang terkenal.

Maklumat

Petua melawat Pulau Pinang

Pulau Pinang adalah antara destinasi pelancongan yang paling terkenal di Malaysia. Ia kaya dengan sejarah dan budaya, terutama ibu negerinya George Town.

Maklumat

Petua melawat Perak

Perak biasanya dikaitkan dengan perlombongan bijih timah, walaupun ini sudah hampir keseluruhannya tidak lagi dijalankan. Negeri ini kaya dengan bukit batu kapur dan kuil-kuil dalam gua.

Maklumat

Petua melawat Perlis

Perlis adalah negeri yang paling kecil di Malaysia. Ia juga negeri paling ke utara. Negeri ini mempunyai bukit batu kapur sebagai satu daripada tarikannya.

Maklumat

Petua melawat Sabah

Sabah adalah negeri yang kedua besar di Malaysia. Ia juga tempat dengan kemuncak yang tertinggi di Asia Tenggara.

Maklumat

Petua melawat Sarawak

Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia. Ia mempunyai pelbagai kaum dan setiap bandar utamanya mempunyai ciri tersendiri.

Maklumat

Petua melawat Selangor

Selangor adalah negeri yang paling membangun di Malaysia. Ia merangkumi wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Maklumat

Petua melawat Terengganu

Terengganu adalah sebuah negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia. Ia mempunyai pantai dan pulau yang indah.

Maklumat

Senarai Tempat di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.