Petua Melawat PerlisPetua Melawat Perlis (30 Julau, 2016)


English

Petua Melawat Perlis adalah panduan anda untuk melawat, meneroka dan menikmati negeri Perlis. Perlis Indera Kayangan (Jawi: ڤرليس ايندرا كايڠن‎) adalah negeri yang paling kecil di Malaysia. Ia juga sebuah negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang agak jarang, dengan jumlah penduduk hanya 230,000 orang (anggaran 2011). Masyarakat Melayu merupakan masyarakat terbesar di Perlis, merangkumi 78% daripada penduduknya. Ini diikuti oleh masyarakat Cina dengan 17%. Ibu negeri Perlis ialah bandar Kangar manakala bandar dirajanya ialah Arau. Padang Besar dan Wang Kelian terletak di sempadan Perlis dengan Thailand. Kuala Perlis adalah pelabuhan untuk negeri ini.

Lokasi tempat di Perlis dalam peta

Bandar-bandar di Perlis

  1. Kangar (GPS: 6.44222, 100.19737)

  2. Arau (GPS: 6.42857, 100.2705)

  3. Padang Besar (GPS: 6.66239, 100.32062)

  4. Sanglang (GPS: 6.26172, 100.19636)

  5. Wang Kelian (GPS: 6.69608, 100.17986)

Tempat-tempat menarik di Perlis

  1. Bukit Cabang (GPS: 6.60458, 100.25608)

  2. Gua Kelam (GPS: 6.64397, 100.2038)

  3. Kraftangan Malaysia (Cawangan Perlis) (GPS: 6.39547, 100.16909)

  4. Perlis State Park (GPS: 6.69813, 100.19123)

  5. Sungai Batu Pahat Snake Farm (GPS: 6.50921, 100.17379)

  6. Taman Anggur Perlis mungkin sudah tutup (GPS: 6.518344, 100.174277)

  7. Taman Rekreasi Tasik Melati (GPS: 6.50681, 100.24322)

  8. Timah Tasoh Dam (GPS: 6.56528, 100.22951)

  9. Wang Kelian (GPS: 6.69608, 100.17986)

  10. Wat Machimaprasit (GPS: 6.4434, 100.23121)

Tempat-tempat menarik yang lain di Perlis

  1. Belachan Udang Kak Chik (GPS: 6.36975, 100.14262)

Hotel di Perlis

  1. Hotel Seri Malaysia (GPS: 6.41414, 100.19475)

Kategori tempat di Perlis


Chuling Sugarcane Plantation, PerlisSaya dan isteri di Ladang Tebu Chuling (yang sekarang sudah ditebas). (1 November 2009)

Sejarah Negeri Perlis

Seperti jua Pulau Pinang, Perlis adalah sebuah negeri yang dibentuk daripada sebahagian daripada Kesultanan Kedah. Apabila Siam menakluki Kedah pada tahun 1821, Kesultanan Kedah menjadi tanah jajahan Siam hingga 1842, apabila Sultan Kedah mempersetujuan syarat-syarat dari Siam, dan mendapat kembali takhtanya. Akan tetapi, Siam telah membahagikan Kedah dengan membentuk kesultanan Perlis, yang menjadi naungan Siam hingga ke tahun 1909. Pemerintah Perlis dipanggil sebagai Raja Perlis. Raja Perlis yang pertama ialah Syed Hussain Jamalulail, cucu kepada Sultan Kedah, tetapi dari keturunan Arab.

Perlis dibentuk apabila Kedah jatuh ke tangan Siam pada tahun 1821, semasa Kedah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Setul, Perlis, Kubang Pasu dan Kedah. Kubang Pasu dicantum semula kepada Kedah pada tahun 1909. Perlis kekal sebagai negeri yang berasingkan manakala Setul menjadi Wilayah Satun di Thailand.

Perjanjian Anglo-Siam tahun 1909, yang juga dikenali sebagai Perjanjian Bangkok Treaty 1909, yang Britain tekankan ke atas Siam, telah memaksa Siam untuk menyerah Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British, sementara mengekalkan kawalan ke atas wilayah Pattani, Narathiwat, Songkhla, Satun dan Yala. Orang Inggeris telah membenarkan Siam untuk terus berkuasa di wilayah-wilayah ini sebagai mengenang jasa Siam menyekat pengaruh Perancis di Indochina. Hasil Perjanjian Anglo-Siam ini ke atas Thailand dan Malaysia hari ini adalah kedudukan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu sebagai sebahagian Malaysia, manakala negeri-negeri Muslim yang lain menjadi milik Thailand.

Padang Besar, PerlisMembeli-belah di Padang Besar, Perlis (1 November, 2009)


During the Japanese Occupation, Perlis and Kedah were returned to Siam, as reward for Siam's alliance with Japan. However, with the Japanese defeat of World War II, these states reverted back to British rule, and eventually became part of Malaysia in 1957.

The present Raja of Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin, was a past Yang di-Pertuan Agong of Malaysia installed in 2000.

Masjid Al-Muqarrabin, Behor Empiang, PerlisMasjid Al-Muqarrabin, Behor Empiang, Perlis (1 November, 2009)

Pergi ke Perlis

Untuk sampai ke Perlis, guna Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis Highway (Laluan 194) yang menghubungi Lebuhraya Utara-Selatan dengan Changlun. Ia adalah laluan utama ke Perlis.

Senarai Negeri di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.