Petua Melawat SabahPetua Melawat Sabah
photo sourcehttps://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Mount_Kinabalu#/media/File:Subsidiary_peak,_Mount_Kinabalu.jpg
authorshipPeripitus

photo licensing

English

Petua Melawat Sabah membekalkan maklumat berguna untuk melawat negeri Malaysia di sebelah utara pulau Borneo. Ia bersempadan dengan Kalimantan Timur, Indonesia di sebelah selatan dan negeri Sarawak di sebelah barat daya. Negeri ini mempunyai keluasan 72,500 km persegi (28,000 batu persegi) dan merupakan negeri yang kedua besar di Malaysia. Ia mempunyai jumlah penduduk 3.54 juta orang.

Bandar utama di Sabah

  1. Kota Kinabalu (GPS: 5.980057, 116.073611)

  2. Beaufort (GPS: 5.34511, 115.74511)

  3. Kota Belud (GPS: 6.35324, 116.42787)

  4. Kota Marudu (GPS: 6.49582, 116.76096)

  5. Kudat (GPS: 6.88684, 116.82531)

  6. Lahad Datu (GPS: 5.0242, 118.33074)

  7. Penampang (GPS: 5.86337, 116.26013)

  8. Sandakan (GPS: 5.83944, 118.11717)

  9. Semporna (GPS: 4.47939, 118.61154)

  10. Tanjung Aru (GPS: 5.9534, 116.05499)

  11. Tawau (GPS: 4.24465, 117.89118)

  12. Tuaran (GPS: 6.17626, 116.23279)

Tempat Tarikan Pelancong di Sabah

Kategori tempat di Sabah

Taman Laut di Sabah

Bahagian-bahagian Sabah

Hutan Simpanan di Sabah

Pulau di Sabah

Sejarah Sabah

Sabah pada asalnya sebahagian daripada Kesultanan Brunei sejak awal abad ke-16. Pada tahun 1658, Sultan Brunei telah menyerahkan bahagian timur laut pulau Borneo kepada Kesultanan Sulu sebagai pampasan untuk bantuan dalam perang saudara. Pada abad ke-18, tanah itu telah diserahkan oleh Sultan Sulu kepada tangan orang persendirian. Beberapa individu cuba menubuhkan sebuah pos perdagangan di Sabah tetapi gagal.

Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah menjadikan Kudat sebagai ibu negeri Sabah. Kemudian, pada tahun 1883, ibu negeri dipindahkan ke Sandakan, oleh sebab kawasan itu kaya dengan balak. Malah setelah Sabah menjadi naungan Borneo Utara British, pentadbiran negeri masih di tangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British hingga ke tahun 1942. Selain daripada pemberontakan yang diketuai oleh pemimpin Suluk-Bajau yang bernama Mat Salleh dari 1894 ke 1900, pentadbiran negeri itu pada keseluruhannya boleh dianggap aman.

Sabah telah diduduki oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Tentera Jepun telah mendarat di Sabah melalui Labuan pada 1hb Januari, 1942, dan terus menakluki seluruh Sabah. Pengeboman oleh tentera utara Pihak Berikat telah memusnahkan beberapa bandar, dan Sandakan pula telah hangus terbakar. Dua cubaan memberontak yang gagal untuk menentang Jajahan Jepun telah diketuai oleh Albert Kwok dan Panglima Alli, dan kedua-duanya ditahan dan dijatuhkan hukuman mati. Tugu Peringatan Perang Petagas telah dibina di tapak di mana hukuman itu dijalankan.

Selepas Perang Dunia Kedua, British telah kembali ke Sabah dan memerintahnya sebagai Jajahan Mahkota British. Jesselton dipilih menjadi ibu negeri menggantikan Sandakan. British terus memerintah Sabah sehingga tahun 1963. Sabah pada asalnya dirancang untuk memasuki Malaysia yang baru dibentuk pada 31 Ogos, tetapi ini mendapat tentangan dari Filipina dan Indonesia. Oleh sebab itu, pembentukan Malaysia telah tergendala sehingga 16hb September, 1963.

Kudat, Sabah
Kudat, Sabah
photo sourcehttps://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Kudat#mediaviewer/File:Kudat_Sabah_PusatBandar-08.jpg
authorshipUwe Aranas
photo licensing

Pergi ke Sabah

Dari Udara
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI) adalah lapangan terbang yang kedua besar di Malaysia, dan merupakan pintu masuk ke Malaysia Timur. Ia menerima pesawat Penerbangan Malaysia, AirAsia, Dragonair, Silkair, Royal Brunei Airlines, Asiana dan MASWings.

Dari Darat
Anda boleh memasuki Sabah dari Sarawak dengan merentas sempadan di Merapok. Warga bukan Sabah dan Sarawak perlu melalui pemeriksaan imigresen, termasuk rakyat Malaysia. Pada masa sekarang tidak terdapat jalan masuk ke Sabah dari Indonesia.

Dari Laut
Terdapat bot penumpang yang menghubungi Labuan dengan Kota Kinabalu dan Sipitang. Feri kenderaan juga menghubungkan Labuan dengan Menumbok di selatan Sabah. Terdapat juga bot antara Zamboanga di Filipina dengan Sandakan, dan antara Nunukan di Kalimantan dengan Tawau.

Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok
Kanopi hutan di Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok
photo sourcehttps://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Sepilok_Orangutan_Rehabilitation_Centre#mediaviewer/File:JigsawCanopy.jpg
authorshipMark J. Fisher
photo licensing

Senarai Negeri di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.