Petua Melawat KlangPetua Melawat Klang (7 July, 2016)


English

Klang (GPS: 3.04491, 101.44556) ialah sebuah bandar dekat persisiran pantai Selangor. Ia terletak di Daerah Klang, lebih kurang 6 km dari Pelabuhan Klang, 10 km dari Shah Alam dan 32 km ke barat Kuala Lumpur.

Lokasi tempat di Klang dalam peta

Tempat-tempat menarik di Klang

  1. Chong Kong Tong Temple (GPS: 3.05205, 101.44771)

  2. Gedung Raja Abdullah (GPS: 3.0432, 101.44759)

  3. Istana Alam Shah (GPS: 3.03581, 101.44874)

  4. Kota Bridge (GPS: 3.04594, 101.44678)

  5. Kota Raja Mahdi (GPS: 3.0452, 101.44494)

  6. Kuan Tien Keng Temple (GPS: 3.0117, 101.41786)

  7. Kwan Imm Temple (GPS: 3.03748, 101.44253)

  8. Masjid Bandar Diraja Klang Utara (GPS: 3.04798, 101.44586)

  9. Masjid India Muslim Tengku Kelana (GPS: 3.04189, 101.44714)

  10. Sri Nagara Thendayuthapani Temple (GPS: 3.04243, 101.44559)

  11. St Barnabas Church (GPS: 3.04184, 101.44587)

  12. Sultan Suleiman Royal Mosque (GPS: 3.03455, 101.45047)

  13. Tamil Methodist Church Klang (GPS: 3.04161, 101.44648)

Kawasan-kawasan di Klang

Little India


Details

Kategori tempat di Klang


Sekolah Convent KlangSekolah Convent Klang (29 Disember, 2006)

Pandangan 360° bandar Klang pada Google Maps Street View

Jalan masuk ke pusat bandar Klang.

Masjid India, Klang.

Kedai Makanan Seng Huat, yang masyhur untuk Bak Kut Teh Klang.

Pekan Lama KlangPekan Lama Klang (29 Disember, 2006)

Sejarah Klang

Kawasan sekitar Klang telah menjadi penempatan manusia sejak zaman prasejarah. Bendahara Melaka yang masyhur, Tun Perak, berasal dari Klang. Menurut Majlis Perbandaran Klang1, bandar itu telah wujud sejak 1445, apabila Bendahara Tun Perak tiba di sana untuk menjadi penghulu. Dikatakan daerah Klang lebih tua dari Melaka, menjadikannya antara bandar yang tertua di Semenanjung Malaysia.

Menurut sejarahwan tempatan Faisal Surani2, daerah Klang merupakan pengeluar bijih timah sejah abad ke-14 sehingga ke abad ke-20.. Seperti juga seluruh Selangor, Klang telah menjadi jajahan Melaka sehingga Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Selepas itu, ia di bawah kuasa Kesultanan Johor-Riau, yang merupakan cabang dari Kesultanan Melaka, sehingga abad ke-18, apabila Kesultanan Selangor yang berasal dari keturunan Bugis, telah mula berkuasa di sana.

Di Klang, Raja Abdullah telah menghantar sekumpulan pelombong Cina memudiki Sungai Klang ke Ampang. Ini telah menyebabkan terasasnya Kuala Lumpur. Juga di Klang berlakunya Perang Saudara Selangor antara Raja Abdullah dan Raja Mahdi. Peperangan antara dua pembesar ini telah memberi alasan kepada pihak British untuk bercampur tangan, dan akibatnya, seorang Residen British telah ditempatkan di Klang pada tahun 1874.

Sehingga tahun 1874, ibu negeri Selangor berada di Jugra. British telah memindahkan ibu negeri Selangor ke Klang pada tahun 1874, dan ia berfungsi sebagai ibu negeri sehingga 1880, apabila ibu negeri dipindahkan sekali lagi, ke Kuala Lumpur. Kuala Lumpur adalah ibu negeri Selangor sehingga 1978 (walaupun sepanjang empat tahun dari 1974 hingga 1978, ia masih ibu negeri Selangor walaupun sudah dijadikan Wilayah Persekutuan). Klang kekal bandar diraja Selangor sehingga terasasnya Shah Alam.

Sekiranya anda pergi ke Klang dari Kuala Lumpur, anda akan dapati bahawa orang Cina di Klang bertutur loghat yang berlainan. Manakala di Kuala Lumpur, kebanyakan orang Cina menggunakan bahasa Kantonis, di Klang mereka bertutur bahasa Hokkien loghat Klang yang mempunyai perbezaaan daripada loghat Hokkien Pulau Pinang.

Makanan kegemaran di Klang, terutamanya untuk masyarakat Cina, ialah Bak Kut Teh, iaitu sup herba khinzir yang dimakan dengan nasi.

Masjid India, KlangMasjid India, Klang (29 Disember, 2006)

Peta lokasi di Klang

Pergi ke Klang

Cara paling mudah untuk sampai ke Klang ialah menerusi Lebuhraya Persekutuan yang menuju sampai ke Port Klang. Di penghujung Lebuhraya Persekutuan, jalanraya bertukar nama menjadi Persiaran Sultan Ibrahim. Apabila menghampiri jambatan bandar, jalan menjadi Jalan Jambatan Kota. Setelah menyeberangi jambatan, susur keluar ke Pekan Lama Klang. Sekiranya anda pandu terus, anda akan sampai di Pelabuhan Klang.

Susur keluar ke Pekan Lama Klang.

Klang adalah dalam peta Bandar-bandar di Selangor

Rujukan

1. Rentetan Sejarah: Majlis Perbandaran Klang

2. Utusan Online: Sejarah panjang Sungai Klang (5 September, 2015)

Senarai Bandar di Selangor and Bandar di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.